Ahli Parlimen, ADUN, Senator BN diberi taklimat pencapaian Kerajaan Perpaduan
Iklan
Ahmad ketika memberikan taklimat kepada ahli Parlimen, ADUN dan Senator BN di WTC Kuala Lumpur pada Jumaat.
PONTIAN - Taklimat kepada ahli Parlimen, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) dan Senator daripada Barisan Nasional (BN) yang diadakan sebelum sidang Dewan Rakyat bermula pada Isnin ini bertujuan memberi penerangan mengenai hala tuju dan pencapaian Kerajaan Perpaduan.
Timbalan Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Ahmad Maslan berkata, taklimat yang dihadiri 150 wakil rakyat dan senator pada Jumaat di Pusat Dagangan Dunia (WTC) Kuala Lumpur itu merupakan pertama kali diadakan BN membabitkan 13 kementerian.
Iklan
Iklan
Jelasnya, kementerian terbabit diterajui pimpinan UMNO sebagai Menteri atau Timbalan Menteri antaranya Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW), Kementerian Luar, Kementerian Pertahanan dan Kementerian Pengajian Tinggi.
"Taklimat ini khas untuk wakil rakyat BN sahaja. Ia berbeza dengan sesi taklimat pra persidangan Dewan Rakyat pada petang Ahad, yang dihadiri kesemua ahli Parlimen Kerajaan Perpaduan," katanya.
Iklan
Ahmad (depan) menghadiri taklimat kepada Ahli Parlimen, ADUN dan Senator BN di WTC Kuala Lumpur, pada Jumaat.
Beliau yang juga Ahli Parlimen Pontian berkata demikian selepas Mesyuarat Agung Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Kayu Ara Pasong pada Ahad.
Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO itu menambah, taklimat kepada wakil rakyat BN ini perlu diadakan setiap kali sebelum sidang Dewan Rakyat atau sekurang-kurangnya sekali setahun.
Iklan
"Tujuh ahli Parlimen daripada BN menjawat jawatan Menteri, manakala enam lagi sebagai Timbalan Menteri. Banyak maklumat dikongsikan daripada pelbagai kementerian ini.
"Mungkin selepas ini, kementerian yang tidak diterajui oleh Menteri atau Timbalan Menteri daripada UMNO boleh dipanggil untuk bersama memberi taklimat kepada wakil rakyat BN," katanya lagi.
Sebelum itu media melaporkan ahli-ahli Parlimen Kerajaan Perpaduan hadir ke Pra Majlis Sesi Pembukaan Mesyuarat Kedua Penggal Ketiga Parlimen Ke-15 2024 yang diadakan di Kompleks Seri Perdana pada Ahad.
Pertemuan itu diadakan secara tertutup menjelang pembukaan sidang Dewan Rakyat, pada Isnin.
Mesyuarat Kedua Penggal Ketiga Parlimen Ke-15 Dewan Rakyat berlangsung selama 15 hari iaitu dari 24 Jun hingga 18 Julai.
Bagi Dewan Negara, ia akan berlangsung selama lapan hari iaitu bermula dari 22 Julai hingga 1 Ogos.
Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!
Perikatan Nasional (PN) menubuhkan pasukan perundangan bagi meneliti tindakan Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (RoS) yang menggantung semua kegiatan gabungan itu, lapor wartawan Sinar Harian, Adila Sharinni Wahid.
Setiausaha Agung PN, Datuk Seri Takiyuddin Hassan berkata, pasukan berkenaan sedang meneliti tindakan yang sesuai dari sudut perundangan termasuk kemungkinan memohon injunksi atau pengisytiharan bahawa keputusan berkenaan tidak sah.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/797938/berita/politik/pn-tubuh-pasukan-perundangan-teliti-tindakan-ros
Muzik: Elevate dari www.bensound.com
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.