SKPK mahu jadi jaguh sukan hoki
Iklan
Mohamad Sukri memberikan kata-kata perangsang kepada murid SKPK.
SEKOLAH Kebangsaan Paya Keladi (SKPK) komited dalam usaha membangunkan sukan hoki dan mencungkil bakat baharu dalam kalangan murid dengan melancarkan Kelab Hoki Transformasi Sekolah 2025 (TS25) semalam.
Kelab Hoki TS25 SKPK yang disertai lebih 60 murid lelaki dan perempuan bukan sahaja dibimbing oleh guru yang terlatih malah mereka juga diberi pendedahan serta peluang menimba ilmu dengan jurulatih serta pemain hoki ternama.
Iklan
Iklan
Guru Besar SKPK, Noor Azhar Mansor berkata, penubuhan Kelab Hoki TS25 SKPK selaras dengan program yang diperkenalkan Kementerian Pendidikan dan bertujuan untuk memastikan kemenjadian murid yang seimbang dari segi akademik dan sukan.
Menurutnya, SKPK memilih hoki sebagai sub bidang sukan dalam program TS25 berikutan mempunyai sepenuhnya kepakaran dalam kalangan guru sebagai jurulatih.
Iklan
Ahli Kelab Hoki TS25 SK Paya Keladi bergambar bersama pemain hoki kebangsaan, Mohamad Sukri Abdul Mutalip kelmarin.
"Pelbagai aktiviti telah dilaksanakan sebelum ini dalam mengasah bakat murid termasuk mengadakan latihan mingguan, kem hoki bersama pelatih Institut Perguruan Kampus Sultan Abdul Halim dan klinik hoki bersama bekas Jurulatih Hoki Wanita Kebangsaan, Dharma Raj di Universiti Sains Malaysia (USM).
"Bagi menguji kekuatan dan kemahiran yang dipelajari selama ini, kita menghantar pasukan untuk menyertai pelbagai pertandingan termasuk di peringkat kebangsaan bagi memberi pendedahan kepada mereka untuk berdepan dengan pasukan lain yang lebih handal,” katanya selepas majlis pelancaran Kelab Hoki TS25 SKPK di sini kelmarin.
Iklan
Pelancaran berkenaan dibuat oleh Pegawai Unit Pembangunan Bakat Murid, Sektor Pembangunan Pejabat Pendidikan Daerah Seberang Perai Utara, Wan Anuar Wan Cheek.
Dalam majlis itu, ahli Kelab Hoki TS25 SKPK berpeluang berkongsi pengalaman dengan ketua pasukan hoki kebangsaan, Mohamad Sukri Abdul Mutalip yang hadir memberikan motivasi melalui program Bintang Bersama Bintang.
Di mana sahaja Kelantan beraksi, di situ penyokongnya hadir membanjiri stadium, termasuk di gelanggang lawan, sekali gus menunjukkan kemeriahan penyokong The Red Warriors (TRW) suatu ketika dahulu.
Kenangan tersebut masih segar dalam ingatkan bekas pengurus TRW, Azman Ibrahim yang berharap kemeriahan bola sepak seperti itu dapat dihidupkan semula menerusi perlawanan berkonsepkan pertemuan semula (reunion) antara skuad Ex-Treble dan pilihan Pahang.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/801505/berita/sukan/kemeriahan-sokongan-kelantan-tinggal-kenangan-ndash-bekas-pengurus-trw
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.