Video tular: Lelaki tukar pengakuan tidak bersalah
Iklan
KAMPAR - Seorang lelaki dihadapkan ke Mahkamah Majistret Kampar hari ini atas pertuduhan memandu kereta dengan cara merbahaya di KM306 Lebuh Raya Utara-Selatan arah selatan Sabtu lalu.
S Sugendran, 40, didakwa selepas video yang memaparkan dua kereta berhenti di lebuh raya dan seorang lelaki bertindak mengacukan pengunci stereng kepada kenderaan lain tular di laman sosial Facebook.