3 kaedah jualan membahayakan perniagaan
Iklan
Usahawan kena mampu menguruskan kos dengan betul dan mengambil kira perkara tersebut dalam membentuk strategi jualan. Gambar hiasan 123rf
MENJUAL adalah perkara amat penting dalam perniagaan. Segala usaha untuk membuka kilang, mengambil pekerja, menanggung pelbagai kos dan lain-lain kesusahan bagi mengeluarkan barangan atau menjana perkhidmatan akan sia-sia jika barangan atau perkhidmatan tidak laku.
Daripada jualanlah perniagaan mendapat aliran tunai untuk melunaskan pelbagai tanggungan yang ada. Keuntungan juga dijana melalui jualan apabila jumlah terjual melebihi kos yang ditanggung.