Biar mahkamah buat keputusan
Iklan
Laporan muka depan Sinar Harian pada Khamis. Gambar kecil: Haniff Khatri
SHAH ALAM - Pengumuman Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Kelantan, Datuk Mohd Amar Nik Abdullah yang mengisytiharkan pengosongan kerusi DUN Nenggiri berkuat kuasa serta merta mulai Rabu memang sudah diramal.
Peguam Haniff Khatri Abdulla berkata, tindakan itu sudah dijangka kerana pelantikan Mohd Amar sebagai Speaker DUN Kelantan adalah lantikan politik berasaskan kedudukan beliau sebagai Naib Presiden Pas.