DAP penghalang BN kembali dominan: Lian Ker
Iklan
Anwar dan Ahmad Zahid (empat dari kiri) ketika Konvensyen Kerajaan Perpaduan peringkat Negeri Perak 2024 pada Januari lalu. Foto Bernama (Gambar kecil: Lian Ker)
SHAH ALAM - Barisan Nasional (BN) tidak akan kembali dominan jika koalisi itu memilih untuk kekal bekerjasama dengan DAP pada Pilihan Raya Umum ke-16 (PRU16).
Ahli Jawatankuasa MCA Pusat, Datuk Ti Lian Ker turut mengunjurkan kekuatan BN akan semakin terhakis sekiranya koalisi itu tidak mengekalkan semangat pembahagian kerusi pilihan raya sebagaimana amalan tradisi terdahulu.