Lelaki ditahan bersama lebih 3kg dadah di Gelang Patah
Iklan
Kumarasan
ISKANDAR PUTERI - Seorang lelaki tempatan ditahan bersama 3,057 gram (g) dadah jenis ganja bernilai RM9,300 dalam serbuan di sekitar laluan keluar sebuah stesen minyak di Gelang Patah, di sini pada Khamis lepas.
Ketua Polis Daerah Iskandar Puteri, Asisten Komisioner M Kumarasan berkata, lelaki berusia 44 tahun itu ditahan pada jam 9.30 pagi bersama 20 peket ganja diletakkan di dalam sebuah beg galas yang dibawanya.
Iklan
Iklan
"Dalam serbuan dilakukan, polis juga menyita sebuah kereta bernilai RM88,000, sebuah motosikal bernilai RM8,000 dan wang tunai RM90. Jumlah nilai rampasan dadah dan sitaan adalah RM105,390.
"Hasil saringan ujian air kencing mendapati suspek negatif dadah manakala semakan mendapati suspek mempunyai rekod lampau berkaitan jenayah narkotik,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Iklan
Kumarasan berkata, modus operandi kegiatan sindiket berkenaan adalah dengan menjadikan beg galas sebagai tempat penyimpanan dadah sebelum diedarkan ke pasaran tempatan dan sindiket telah aktif beroperasi sejak Julai 2016.
Beliau berkata, suspek direman selama tujuh hari bermula 14 hingga 20 Jun dan kes disiasat di bawah Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya. - Bernama
Iklan
Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!
<div itemscope itemtype="https://schema.org/VideoObject"><meta itemprop="name" content="Tragedi kepala air Sungai Pertak: Empat lagi mangsa hilang ditemukan lemas"><meta itemprop="description" content="Empat lagi mangsa kejadian kepala air di Sungai Pertak, Kuala Kubu Bharu, ditemukan lemas pagi Selasa menjadikan lima daripada lapan mangsa yang dilaporkan dihanyutkan arus sudah dikesan setakat ini.
Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Ashrul Riezal Asbar berkata, tiga mangsa ditemukan tersekat di kawasan Jambatan Senget berhampiran Camp Site Sungai Luit kira-kira jam 9.20 pagi.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/803922/berita/semasa/tragedi-kepala-air-sungai-pertak-empat-lagi-mangsa-hilang-ditemukan-lemas
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #KepalaAir"><meta itemprop="uploadDate" content="2026-11-10T03:35:07.000Z"><meta itemprop="thumbnailUrl" content="https://s2.dmcdn.net/v/go7Eg1gyf3hgPjnnm/x1080"><meta itemprop="duration" content="P115S"><meta itemprop="embedUrl" content="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.html?video=xbvcii2"><meta itemprop="contentUrl" content="https://www.dailymotion.com/crawler/video/xbvcii2"><script src="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.js" data-video="xbvcii2"></script>