Cabaran besar kes profil tinggi
Iklan
Foto hiasan. Gambar kecil: Kamal Affandi
SHAH ALAM - Dalam kebanyakan kes berprofil tinggi, berlaku kesukaran terutama dari segi pembuktian hingga tiada pelaku yang disabitkan bersalah, kata penganalisis jenayah, Kamal Affandi Hashim.
Beliau berkata, kes-kes berprofil tinggi memerlukan darjah pembuktian dalam piawaian yang kemas sejajar dengan konsep beban pembuktian melampaui keraguan munasabah.