Olahraga Terbuka Malaysia: Umar tepati ramalan muncul juara
Iklan
Umar Osman. Gambar fail Bernama
PEMEGANG rekod kebangsaan acara lari 400 meter lelaki Umar Osman, berjaya menepati ramalan apabila muncul juara acara itu dengan mencatat masa 46.27 saat (s) pada Kejohanan Olahraga Terbuka Malaysia 2024, di Stadium Darul Makmur di sini pada Sabtu.
Umar berkata, kejayaan yang diunggulinya tidak mudah, kerana perlu berusaha keras mendapatkan kembali rentak larian selepas tujuh bulan mengalami kecederaan.
Iklan
Iklan
"Pada saingan separuh akhir kejohanan ini, saya berjaya mendapatkan kembali rentak larian dengan catatan 46.83s dan final 46.27s, justeru saya amat berpuas hati kerana telah melepasi sasaran peribadi.
"Sasaran saya selepas ini ialah menyertai Sukan Universti ASEAN (AUG) di Surabaya, Indonesia. Saya akan cuba yang terbaik tetapi perlu lihat juga keadaan tubuh saya, jika tidak mengizinkan, saya hanya sasar pingat emas,” katanya kepada pemberita di sini.
Iklan
Tempat kedua diraih atlet Sabah Muhammad Khalil Helmi (47.6s) sementara atlet ATM Luqmanul Hakim Khairul Akma, ketiga (47.92s).
Umar, 21, atlet kelahiran Johor berkata keputusan Olahraga Terbuka Malaysia itu secara langsung meningkatkan keyakinannya untuk melanjutkan pengajian ke Universiti Auburn di Amerika Syarikat (AS).
Iklan
"Terbuka Malaysia, kejohanan ketiga saya tahun ini, memang saya sasarkan catatan masa terbaik agar Universiti Auburn lebih mempercayai kebolehan saya,” katanya.
Dia yang mewakili MSN mengakui, kini sedang mempersiapkan diri menduduki Test of English as a Foreign Language' (TOEFL), yang dijangka diambilnya pada Julai ini selepas AUG di Surabaya, bagi melanjutkan pengajian ke Universiti Auburn.
Sebagai rekod, catatan terbaiknya dalam acara larian 400 meter ialah 46.09s yang juga rekod kebangsaan dilakukan di Sukan Universiti Dunia (Universiade) di Chengdu, China pada Ogos 2023 sementara catatan terbaik musim ini ialah 47.35s.
Kejohanan Olahraga Terbuka Malaysia 2024 yang membuka tirainya Jumaat, bakal berlangsung selama tiga hari di Stadium Darul Makmur di sini, menampilkan 578 atlet terdiri daripada 17 pasukan dalam negara dan lapan negara luar seperti Australia dan Rusia. - Bernama
<div itemscope itemtype="https://schema.org/VideoObject"><meta itemprop="name" content="Abu Bakar sedia terajui PFA, mahu pulihkan maruah Singa Utara"><meta itemprop="description" content="Menteri Besar Perlis, Abu Bakar Hamzah menyatakan kesediaannya untuk memimpin Persatuan Bola Sepak Perlis (PFA) sebagai Presiden dalam usaha mengembalikan kegemilangan pasukan Singa Utara yang sekian lama menyepi daripada arena bola sepak tanah air, lapor wartawan Sinar Harian, Wan Mohd Noor Hafiz Wan Mansor.
Menurutnya beliau, misi untuk memulihkan semula imej dan prestasi bola sepak negeri yang pernah digeruni suatu ketika dahulu yang menjuarai Piala Malaysia pada tahun 2004 dan 2006 perlu dilakukan segera.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/764002/berita/sukan/abu-bakar-sedia-terajui-pfa-mahu-pulihkan-maruah-singa-utara
Muzik: Elevate dari www.bensound.com
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #AbuBakar #PFA #SingaUtara #BolaSepak #Perlis"><meta itemprop="uploadDate" content="2026-01-14T08:45:38.000Z"><meta itemprop="thumbnailUrl" content="https://s1.dmcdn.net/v/Zq23u1fPrUoOuUvSX/x120"><meta itemprop="duration" content="P75S"><meta itemprop="embedUrl" content="https://geo.dailymotion.com/player/x1ifxw.html?video=x9xq514"><script src="https://geo.dailymotion.com/player/x1ifxw.js" data-video="x9xq514"></script>