Patahkan cubaan rompak kapal tangki minyak
Iklan
Kapal tangki MT Orkim Harmony berjaya dirampas semula Maritim Malaysia selepas dirompak sekumpulan warga asing pada Jun 2015.
SHAH ALAM - Kecekapan dan ketangkasan Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) menggagalkan jenayah dilakukan perompak bersenjata menyelinap masuk ke dalam kapal tangki yang membawa muatan minyak.
Itu antara situasi yang tidak dapat dilupakan Ketua Penolong Pengarah Bahagian Carilamat dan Bantuan Bencana, Ibu Pejabat Maritim Malaysia, Komander Maritim Mohd Ardi Mat Nawi semasa turut terlibat dalam operasi khas dalam usaha menyelamatkan kru dan kapal yang ditahan penjenayah di laut.