Helaian al-Quran ditemui dibakar dalam tandas masjid
Iklan
Beberapa cebisan helaian al-Quran ditemui terbakar dalam tandas.
BAYAN BARU - Beberapa cebisan helaian al-Quran ditemui terbakar dalam tandas di Masjid Umar AL-Khattab di sini petang semalam.
Ketua Polis Daerah Barat Daya, Superintendan AA Anbalagan berkata, perkara itu disedari seorang lelaki selepas dia terhidu bau hangit ketika mahu menggunakan tandas pada jam 5.20 petang.
Iklan
Iklan
Curiga degan keadaan itu, lelaki terbabit kemudiannya memberitahu pengawal keselamatan masjid sebelum membuat pemeriksaan di dalam tandas berkenaan.
"Selepas mendapati terdapat cebisan helaian al-Quran yang dibakar dalam tandas berkenaan pengawal keselamatan yang berusia 56 tahun itu membuat laporan polis.
Iklan
"Siasatan awal mendapati masjid tersebut menerima kunjungan pelbagai jenis individu termasuk yang kurang siuman dan ia perkara biasa," katanya ketika dihubungi Sinar Harian di sini.
Anbalagan berkata, pemeriksaan di lokasi kejadian mendapati cebisan helaian al-Quran yang dijumpai terbakar bukan dari masjid itu.
Iklan
"Kita juga memeriksa kamera litar tertutup (CCTV) yang dipasang di dalam kawasan masjid namun ia tidak meliputi kawasan tandas.
"Siasatan lanjut masih lagi dilakukan bagi mengesan pelaku yang membakar helaian al-Quran ini dan kes berkenaan akan disiasat mengikut Seksyen 295 Kanun Keseksaan," katanya.
<div itemscope itemtype="https://schema.org/VideoObject"><meta itemprop="name" content="Sikap penghuni terus menjadi ‘musuh’ utama Flat Teluk Indah"><meta itemprop="description" content="Sikap penghuni terus menjadi ‘musuh’ utama Flat Teluk Indah
 Perubahan pengurusan sejak kira-kira tiga tahun lalu berjaya mengubah wajah Blok E1 dan E2 Flat Teluk Indah, Perai apabila keadaan kebersihan, penyelenggaraan serta pengurusan parkir dilihat jauh lebih baik berbanding sebelum ini.
Namun, usaha berkenaan masih belum mampu menghapuskan sepenuhnya imej kotor yang sekian lama membelenggu kedua-dua blok tersebut apabila sikap segelintir penghuni yang tidak bertanggungjawab terus menjadi punca utama masalah.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/788634/edisi/utara/sikap-penghuni-terus-menjadi-musuh-utama-flat-teluk-indah
Muzik: Elevate dari www.bensound.com
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #Kebersihan #Flat #Flattelukindah"><meta itemprop="uploadDate" content="2026-07-20T09:12:48.000Z"><meta itemprop="thumbnailUrl" content="https://s2.dmcdn.net/d/1000002pgLFWw/x1080"><meta itemprop="duration" content="P120S"><meta itemprop="embedUrl" content="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.html?video=xaqngae"><meta itemprop="contentUrl" content="https://www.dailymotion.com/crawler/video/xaqngae"><script src="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.js" data-video="xaqngae"></script>