Mandat: Antara seranah dan RM4 bilion
Iklan
Ahad lalu kerajaan akhirnya menarik semula pemberian subsidi diesel. Foto Bernama
PERKARA wahid membuka ruangan Jumaat ini, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika mengulas penarikan subsidi diesel telah dipetik berkata:"Saya yakin dan tidak kisah untuk rakyat maki saya berbakul-bakul. Saya ada mandat, saya akan lakukan.”
Sebagai konteks, setelah berbulan spekulasi berlegar di media massa, Ahad lalu kerajaan akhirnya menarik semula pemberian subsidi bahan api – bermula dengan diesel – sekali gus mengapungkan harga mengikut pasaran semasa.