Ringgit dibuka 130 mata asas lebih tinggi berbanding dolar AS
Iklan
Pada jam 9.05 pagi, ringgit meningkat kepada 4.7030/7070 berbanding dolar AS daripada 4.7160/7185 ketika ditutup pada Rabu. - Gambar hiasan
RINGGIT dibuka tinggi berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) pada Khamis, didorong kemunculan semula minat belian apabila Rizab Persekutuan AS (Fed) mengekalkan kadar faedah tidak berubah sekali gus menandakan penurunan kadar dijangka berlaku tahun ini.
Pada jam 9.05 pagi, ringgit meningkat kepada 4.7030/7070 berbanding dolar AS daripada 4.7160/7185 ketika ditutup pada Rabu.
Iklan
Iklan
Ketua Ahli Ekonomi Bank Muamalat Malaysia Bhd Dr Mohd Afzanizam Abdul Rashid berkata Indeks Dolar AS (DXY) berlegar di bawah 105 mata malam tadi, menunjukkan kelemahan dolar memandangkan pasaran percaya lebih banyak langkah pelonggaran dasar monetari akan dilakukan oleh Fed.
Beliau berkata walau bagaimanapun, keputusan dan panduan Fed terkini menunjukkan bank pusat AS itu mungkin mengurangkan kadar faedah sekali sahaja, berbeza dengan jangkaan pada Mac iaitu sebanyak tiga kali.
Iklan
Namun, pasaran dilihat meningkatkan jangkaan mereka kepada dua kali pengurangan kadar faedah iaitu pada September dan Disember tahun ini.
"Justeru, ringgit mungkin meraih manfaat daripada perkara ini dengan ASD/MYR menghampiri paras RM4.7000 hari ini,” katanya kepada Bernama.
Iklan
Sementara itu, ringgit diniagakan rendah berbanding beberapa mata wang utama.
Unit tempatan rendah berbanding yen Jepun kepada 2.9999/3.0027 daripada penutupan dagangan Rabu pada 2.9977/9995 dan susut berbanding euro kepada 5.0863/0906 daripada 5.0711/0738.
Ringgit turun berbanding pound British kepada 6.0189/0240 daripada 6.0157/0189 semalam.
Unit domestik diniagakan bercampur-campur berbanding mata wang negara Asean.
Ringgit meningkat berbanding rupiah Indonesia kepada 288.5/289.0 daripada 289.3/289.7 pada penutup Rabu dan tinggi berbanding peso Filipina kepada 8.03/8.05 daripada 8.04/8.05.
Walau bagaimanapun, ringgit turun berbanding dolar Singapura kepada 3.4889/4921 daripada 3.4879/4900 semalam dan rendah berbanding baht Thailand kepada 12.8719/8881 daripada 12.8529/8643. - Bernama
Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!
<div itemscope itemtype="https://schema.org/VideoObject"><meta itemprop="name" content="Dari dapur rumah ke kilang sendiri"><meta itemprop="description" content="Bermula sekadar menguli adunan di dapur rumah demi menyara keluarga, siapa sangka perniagaan kuih tradisional yang diasaskan seorang usahawan dari Gerik kini berkembang menjadi sebuah perusahaan makanan dengan kapasiti pengeluaran ratusan ribu unit sebulan, lapor wartawan Sinar Harian, Saifullah Ahmad.
Hamidah Sulaiman, 51, yang juga usahawan bimbingan Pihak Berkuasa Kemajuan Pekebun Kecil Perusahaan Getah (RISDA) berkata, perjalanan lebih 18 tahun dalam dunia keusahawanan membuktikan industri makanan tradisional masih relevan serta berpotensi besar jika diusahakan secara strategik dan berdisiplin.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/762391/bisnes/daripada-dapur-rumah-ke-kilang-sendiri
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #kuihtradisional #Bisnes #Risda #usahawantempatan #industrimakanantradisional"><meta itemprop="uploadDate" content="2026-01-02T02:59:35.000Z"><meta itemprop="thumbnailUrl" content="https://s1.dmcdn.net/v/ZknCw1fLpICDUeyQm/x120"><meta itemprop="duration" content="P184S"><meta itemprop="embedUrl" content="https://geo.dailymotion.com/player/x1ifxw.html?video=x9wwke2"><script src="https://geo.dailymotion.com/player/x1ifxw.js" data-video="x9wwke2"></script>