Berseorangan tak semesti sendirian
Iklan
Mereka yang berseorangan berkemungkinan sedang mencari masa untuk diri sendiri. Gambar hiasan 123rf
KADANGKALA makan berseorangan sudah menjadi rutin harian. Maklumlah, bukan mudah untuk mengajak kawan-kawan makan bersama-sama dek kesibukan dengan tugasan masing-masing.
Pun begitu, setiap kali makan berseorangan, tentunya ada yang menegur,"makan seorang saja, mana yang lain”,"Kasihannya makan sorang-sorang, marilah makan bersama kami” dan pelbagai lagi pertanyaan yang sangat ‘prihatin’ kepada saya.