Lima guru nahas rombongan beransur pulih - Ahmad Zahid
Iklan
Para pegawai Ahmad Zahid mewakilinya untuk menziarahi guru-guru yang terlibat nahas bas baru-baru ini. Foto FB Zahid Hamidi
KUALA LUMPUR - Lima orang guru yang masih menerima rawatan selepas terlibat dalam kemalangan bas persiaran di Jalan Kuantan-Segamat, Rompin, Pahang Ahad lepas berada dalam keadaan stabil dan beransur pulih, kata Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.
Menerusi hantaran di laman Facebook, beliau berkata, pegawainya Datuk Fadzlette Othman Merican dan Seriwani Sabtu mewakilinya untuk menziarahi guru-guru berkenaan hari ini.
Iklan
Iklan
Tiga orang guru iaitu Rohana Abd Rahman, Siti Azurah Kamarudin dan Nurzafirah Zakaria kini menerima rawatan di Hospital Tengku Ampuan Afzan, Kuantan, Pahang, manakala dua lagi, Hasni Mat Isa dan Norita Che Mohamad dirawat di Hospital Segamat, Johor, menurutnya.
"Saya berdoa agar semua yang ditimpa kemalangan tempoh hari dipermudahkan segala urusan, dikurniakan kesembuhan dan diberikan afiat sepenuhnya oleh ALLAH SWT, Amin," katanya.
Iklan
Ahmad Zahid turut mengucapkan terima kasih kepada Jabatan Pendidikan Negeri dan pusat perubatan di Pahang, Johor dan Melaka yang memberikan bantuan segera dan kerjasama sepenuhnya kepada guru-guru yang terlibat dalam nahas tersebut.
Dalam nahas jalan berkenaan, empat maut manakala 35 cedera selepas bas yang dalam perjalanan membawa rombongan Sekolah Kebangsaan (SK) Jeram, Masjid Tanah, Melaka ke Terengganu untuk menghadiri program penanda aras terbabit dalam kemalangan.
Iklan
Mangsa yang maut ialah Penolong Kanan SK Jeram Hasnatul Adilah Hassan, 48, pemandu kedua bas Hadi Asyraf Mad Idris, 29, pembantu operasi sekolah Hamzah Ahmad, 60 dan guru Dahlia Ahmad, 52.
Bas yang membawa 39 penumpang termasuk dua pemandu dilaporkan terbalik di cerun jalan selepas hilang kawalan dan merempuh sebuah treler yang membawa muatan gelung besi. - Bernama
Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!
Seorang presiden sebuah pertubuhan bukan kerajaan (NGO) mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen, Kota Kinabalu pada Rabu atas pertuduhan menyalahgunakan kedudukannya dengan memperoleh peruntukan pembinaan sebuah dewan berjumlah RM2 juta.
Makinsos Nawai, 67, membuat pengakuan itu selepas pertuduhan dibacakan terhadapnya di hadapan Hakim Mahkamah Sesyen Andi Razalijaya A Dadi.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/789022/berita/semasa/presiden-ngo-tak-mengaku-salah-dakwa-dewan-rm2-juta-siap-100-peratus
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.