Ringgit ditutup tinggi berbanding dolar AS
Iklan
Pada 6 petang, ringgit meningkat kepada 4.7160/7185 berbanding dolar AS daripada 4.7175/7205 semasa ditutup semalam. Gambar hiasan
RINGGIT ditutup kukuh berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) pada Rabu memandangkan pasaran menunggu keputusan Jawatankuasa Pasaran Terbuka Persekutuan (FOMC) malam ini, kata penganalisis.
Pada 6 petang, ringgit meningkat kepada 4.7160/7185 berbanding dolar AS daripada 4.7175/7205 semasa ditutup semalam.
Iklan
Iklan
Ketua Ahli Ekonomi Bank Muamalat Malaysia Bhd, Dr Mohd Afzanizam Abdul Rashid berkata, Indeks Dolar AS (DXY) terus berlegar melepasi 105 mata apabila Rizab Persekutuan (Fed) AS mengekalkan pendirian terbatas berikutan data yang kukuh bagi Senarai Gaji Bukan Ladang AS pada Jumaat lepas.
"Bagaimanapun, tiada keputusan dibuat mengenainya dan unjuran makroekonomi terkini akan menjadi faktor penting yang menentukan sentimen terhadap jangkaan penurunan kadar.
Iklan
"Buat masa ini, September dijangka sebagai bulan untuk Fed memulakan pelonggaran monetari berdasarkan anggaran konsensus," katanya kepada Bernama.
Pada penutupan dagangan, ringgit diniagakan kebanyakannya rendah berbanding sekumpulan mata wang utama.
Iklan
Unit tempatan mengukuh berbanding yen Jepun kepada 2.9977/9995 daripada 3.0000/0021 semasa ditutup pada Selasa, namun merosot berbanding euro kepada 5.0711/0738 daripada 5.0708/0741 semalam, dan susut berbanding pound Britain kepada 6.0157/0189 daripada 6.0073/0111 sebelumnya.
Berbanding mata wang serantau Asean, mata wang tempatan itu meningkat berbanding rupiah Indonesia kepada 289.3/289.7 daripada 289.5/289.9 semasa ditutup pada Selasa.
Bagaimanapun, ringgit susut berbanding dolar Singapura kepada 3.4879/4900 daripada 3.4862/4887 semalam, berkurangan berbanding baht Thailand kepada 12.8529/8643 daripada 12.8364/8491 dan rendah berbanding peso Filipina kepada 8.05/8.4 daripada 8.05/8.4 sebelum ini. - Bernama
Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!
<div itemscope itemtype="https://schema.org/VideoObject"><meta itemprop="name" content="Dari dapur rumah ke kilang sendiri"><meta itemprop="description" content="Bermula sekadar menguli adunan di dapur rumah demi menyara keluarga, siapa sangka perniagaan kuih tradisional yang diasaskan seorang usahawan dari Gerik kini berkembang menjadi sebuah perusahaan makanan dengan kapasiti pengeluaran ratusan ribu unit sebulan, lapor wartawan Sinar Harian, Saifullah Ahmad.
Hamidah Sulaiman, 51, yang juga usahawan bimbingan Pihak Berkuasa Kemajuan Pekebun Kecil Perusahaan Getah (RISDA) berkata, perjalanan lebih 18 tahun dalam dunia keusahawanan membuktikan industri makanan tradisional masih relevan serta berpotensi besar jika diusahakan secara strategik dan berdisiplin.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/762391/bisnes/daripada-dapur-rumah-ke-kilang-sendiri
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #kuihtradisional #Bisnes #Risda #usahawantempatan #industrimakanantradisional"><meta itemprop="uploadDate" content="2026-01-02T02:59:35.000Z"><meta itemprop="thumbnailUrl" content="https://s1.dmcdn.net/v/ZknCw1fLpICDUeyQm/x120"><meta itemprop="duration" content="P184S"><meta itemprop="embedUrl" content="https://geo.dailymotion.com/player/x1ifxw.html?video=x9wwke2"><script src="https://geo.dailymotion.com/player/x1ifxw.js" data-video="x9wwke2"></script>