Bantu kekal inflasi pada tahap rendah
Iklan
Walaupun penyasaran subsidi diesel boleh dianggap satu langkah kurang popular, namun ia merupakan langkah signifikan yang perlu dilaksanakan oleh kerajaan. Gambar kecil: Kim Leng
KEPUTUSAN berani Kerajaan Perpaduan pimpinan Datuk Seri Anwar Ibrahim mengumumkan pelaksanaan penyasaran subsidi diesel yang bermula Isnin lalu menerima pelbagai reaksi termasuk kecaman daripada pelbagai pihak yang tidak berpuas hati.
Walaupun menyedari segala kritikan dan tohmahan negatif yang akan dilemparkan kepada kerajaan, namun Anwar tegas menyatakan ia harus dilakukan kerana tiada lagi pilihan lain untuk menyelamatkan negara.