Ringgit ditutup rendah berbanding dolar AS
Iklan
Pada 6 petang Isnin, ringgit turun kepada 4.7210/7250 berbanding dolar AS daripada 4.6900/6940 semalam. Gambar hiasan
RINGGIT ditutup rendah berbanding dolar AS disebabkan kekurangan minat belian sementara Indeks Dolar Amerika Syarikat (DXY) mencatatkan kenaikan, melepasi paras 105 mata.
Seorang penganalisis berkata bahawa keuntungan DXY, pertama kali direkodkan sejak 29 Mei 2024, dipengaruhi oleh data senarai gaji bukan ladang (NFP) Amerika Syarikat (AS) lebih kukuh yang dikeluarkan pada Jumaat lepas.
Iklan
Iklan
Pada 6 petang, ringgit turun kepada 4.7210/7250 berbanding dolar AS daripada 4.6900/6940 semalam.
Ketua Ahli Ekonomi Bank Muamalat Malaysia Bhd, Dr Mohd Afzanizam Abdul Rashid berkata, NFP minggu lepas telah mengubah haluan dolar AS kerana peserta pasaran membuat kesilapan disebabkan bersikap berhati-hati menjelang mesyuarat Jawatankuasa Pasaran Terbuka Persekutuan (FOMC) yang akan berlangsung pada 11 hingga 12 Jun minggu ini.
Iklan
"Ringgit didagangkan sekitar 4.7180 selepas berlegar sekitar 4.7000 dalam beberapa minggu lepas. Sama ada trend itu akan berterusan atau sebaliknya, ia bergantung kepada unjuran ekonomi terkini Rizab Persekutuan (Fed)," katanya kepada Bernama.
Pada penutup dagangan hari ini, ringgit diniagakan tinggi berbanding beberapa mata wang utama.
Iklan
Unit tempatan naik berbanding yen Jepun kepada 3.0089/0117 daripada 3.0163/0190 pada Jumaat lepas, meningkat berbanding pound Britain kepada 5.9943/9993 daripada 6.0009/0060 sebelumnya, melonjak berbanding euro kepada 5.0722/0765 daripada 5.1079/1122.
Sementara itu, ringgit diniagakan kebanyakannya rendah berbanding mata wang di negara-negara ASEAN.
Unit tempatan rendah berbanding peso Filipina kepada 8.03/8.04 daripada 8.01/8.02 ketika ditutup pada Jumaat, merosot berbanding dolar Singapura kepada 3.4875/4907 berbanding 3.4872/4905 dan berkurangan berbanding rupiah Indonesia kepada 289.9/290.3 daripada 289.5/289.9 sebelumnya.
Bagaimanapun, ia meningkat berbanding baht Thailand kepada 12.8211/8372 daripada 12.8465/8627 minggu lepas. - Bernama
Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!
<div itemscope itemtype="https://schema.org/VideoObject"><meta itemprop="name" content="Dari dapur rumah ke kilang sendiri"><meta itemprop="description" content="Bermula sekadar menguli adunan di dapur rumah demi menyara keluarga, siapa sangka perniagaan kuih tradisional yang diasaskan seorang usahawan dari Gerik kini berkembang menjadi sebuah perusahaan makanan dengan kapasiti pengeluaran ratusan ribu unit sebulan, lapor wartawan Sinar Harian, Saifullah Ahmad.
Hamidah Sulaiman, 51, yang juga usahawan bimbingan Pihak Berkuasa Kemajuan Pekebun Kecil Perusahaan Getah (RISDA) berkata, perjalanan lebih 18 tahun dalam dunia keusahawanan membuktikan industri makanan tradisional masih relevan serta berpotensi besar jika diusahakan secara strategik dan berdisiplin.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/762391/bisnes/daripada-dapur-rumah-ke-kilang-sendiri
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #kuihtradisional #Bisnes #Risda #usahawantempatan #industrimakanantradisional"><meta itemprop="uploadDate" content="2026-01-02T02:59:35.000Z"><meta itemprop="thumbnailUrl" content="https://s1.dmcdn.net/v/ZknCw1fLpICDUeyQm/x120"><meta itemprop="duration" content="P184S"><meta itemprop="embedUrl" content="https://geo.dailymotion.com/player/x1ifxw.html?video=x9wwke2"><script src="https://geo.dailymotion.com/player/x1ifxw.js" data-video="x9wwke2"></script>