Pelajar bukan Cina cemerlang di sekolah Cina
Iklan
Pelajar bukan Cina yang lulus dari SMPC lebih berdaya saing kerana mereka menguasai bahasa tambahan.
SHAH ALAM - Statistik Persatuan-Persatuan Lembaga Pengurus Sekolah Cina Malaysia (Dong Zong), jumlah keseluruhan pelajar bukan Cina di Sekolah Menengah Persendirian Cina (SMPC) seluruh negara ialah 1,636 orang pada 2023.
Menurut Pengerusi Dong Zong, Tan Tai Kim, falsafah pengajaran di SMPC yang menekankan tiga bahasa menjadikan sekolah tersebut satu kelebihan selain memberi penekanan seimbang secara menyeluruh dalam semua aspek.