ROMELU Lukaku melebarkan rekod jaringan bersama Belgium ketika pasukan menamatkan persiapan untuk Euro 2024 dengan kemenangan 3-0 ke atas negara jiran Luxembourg di Stadium King Baudouin, Brussels.
Lukaku memulakan gol awal tuan rumah hasil sepakan penalti pada minit ke-42 untuk jaringan antarabangsanya yang ke-84 sebelum meledak jaringan kedua selepas rehat minit ke-57.