Tun M pengerusikan mesyuarat pertama MPN
Iklan
KUALA LUMPUR - Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad hari ini mempengerusikan mesyuarat pertama Majlis Produktiviti Negara (MPN) bagi tahun 2020.
Ketua Setiausaha Negara, Datuk Seri Mohd Zuki Ali melalui laman Instagramnya berkata, MPN merupakan satu platform yang membincangkan hala tuju strategik bagi memperkasa agenda produktiviti negara dalam memacu pertumbuhan ekonomi mapan dan inklusif untuk mencapai Wawasan Kemakmuran Bersama 2030.