Ahmad Dasuki dilantik Ketua Eksekutif PTPTN baharu

Iklan
Ahmad Dasuki Abdul Majid

SHAH ALAM - Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) mengumumkan pelantikan Ahmad Dasuki Abdul Majid sebagai Ketua Eksekutif PTPTN yang baharu berkuat kuasa hari ini.

Ahmad Dasuki, 45, mengisi kekosongan jawatan tersebut berikutan penyandangnya, Wan Ahmad Wan Yusoff bersara sejak 18 Ogos 2019.

Iklan
Iklan

Pengerusi PTPTN, Wan Saiful Wan Jan berkata, pelantikan Ahmad Dasuki dipersetujui Lembaga Pengurusan PTPTN berdasarkan kepada pengalaman dan kepakaran beliau.

"Beliau merupakan salah seorang pegawai terawal yang menyertai PTPTN pada 1998 dan mempunyai rekod cemerlang dalam perkhidmatan serta diyakini mampu memacu PTPTN ke era baharu," katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Iklan

Ahmad Dasuki berkelulusan Ijazah Sarjana dalam jurusan Pengurusan Perniagaan daripada Universiti Utara Malaysia (UUM) dan Ijazah Sarjana Muda dalam jurusan Perakaunan dan Kewangan daripada Universiti of Greenwich, United Kingdom.

Wan Saiful mewakili warga PTPTN merakamkan ucapan tahniah dan mengalu-alukan pelantikan tersebut.

Iklan

Menurutnya, beliau yakin Ahmad Dasuki dapat memimpin pelaksanaan strategi yang ditetapkan Lembaga Pengurusan PTPTN.