SKUAD bimbingan Kim Pan-gon berjaya mencatatkan peningkatan dalam kedudukan ranking FIFA selepas perlawanan kelayakan Piala Dunia 2026/Piala Asia 2027 menentang Kyrgyzstan, malam tadi.
Perlawanan yang berkesudahan dengan keputusan 1-1 itu menyaksikan Malaysia yang sebelum ini mengumpul 1094.54 mata berjaya memperoleh +2.81 mata tambahan, sekali gus menyaksikan lonjakan kedudukan daripada posisi 138 ke 135 dalam ranking FIFA.