Harga runcit RON95, RON97 dan diesel kekal sehingga 12 Jun
Iklan
Harga runcit RON95 dan RON97 masing-masing kekal pada paras RM3.47 seliter serta RM2.5 seliter, manakala diesel RM2.15 seliter. Foto hiasan
SHAH ALAM - Harga runcit petrol bagi RON95 dan RON97 masing-masing kekal pada paras RM3.47 seliter serta RM2.5 seliter, manakala diesel pada harga RM2.15 seliter bagi tempoh 6 sehingga 12 Jun.
Kementerian Kewangan (MOF) dalam satu kenyataan berkata, penetapan tersebut adalah bagi melindungi pengguna daripada kesan kenaikan harga minyak di pasaran global.
Iklan
Iklan
"Kerajaan masih mengekalkan harga runcit petrol RON95 pada paras harga siling RM2.05 seliter dan diesel RM2.15 seliter walaupun harga pasaran sebenar bagi kedua-dua produk telah melebihi paras harga siling yang telah ditetapkan.
"Kerajaan telah menetapkan harga runcit produk petroleum secara mingguan menggunakan formula Automatic Pricing Mechanism bagi tempoh 6 sehingga 12 Jun,” kata kenyataan itu pada Rabu.
Iklan
Menurut kenyataan itu, kerajaan akan terus memantau kesan perubahan harga minyak mentah dunia.
Tambah kenyataan itu, ia bertujuan untuk menjaga kebajikan dan kesejahteraan rakyat di negara ini.
Iklan
"Kerajaan juga akan terus memantau kesan perubahan harga minyak mentah dunia serta mengambil langkah yang bersesuaian bagi memastikan kebajikan dan kesejahteraan rakyat terus terpelihara,” katanya.
Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!
<div itemscope itemtype="https://schema.org/VideoObject"><meta itemprop="name" content="Turun lagi harga minyak, subsidi boleh cecah RM60 bilion - Anwar"><meta itemprop="description" content="Turun lagi harga minyak, subsidi boleh cecah RM60 bilion - Anwar
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menjelaskan kerajaan memerlukan pertambahan subsidi sehingga antara RM50 bilion hingga RM60 bilion setahun jika mahu menurunkan lagi harga RON95 dan diesel menerusi program Budi Madani.
Beliau berkata, ketika ini kerajaan sudah menanggung subsidi bahan api sebanyak RM40 bilion setahun bagi memastikan harga RON95 dan Budi Diesel kekal antara yang terendah di dunia.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/788480/berita/nasional/turun-lagi-harga-minyak-subsidi-boleh-cecah-rm60-bilion---anwar
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #PMX #Subsidi"><meta itemprop="uploadDate" content="2026-07-19T09:03:35.000Z"><meta itemprop="thumbnailUrl" content="https://s1.dmcdn.net/d/1000002pgLFWw/x1080"><meta itemprop="duration" content="P93S"><meta itemprop="embedUrl" content="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.html?video=xaqdkh2"><meta itemprop="contentUrl" content="https://www.dailymotion.com/crawler/video/xaqdkh2"><script src="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.js" data-video="xaqdkh2"></script>