Roslan tidak terima surat pelantikan MPP PKR - Aminuddin
Iklan
Aminuddin
SEREMBAN - Pengarah Jabatan Pendidikan Negeri Sembilan (JPNS), Datuk Dr Roslan Hussin sehingga kini tidak menerima sebarang surat berhubung tawaran atau pelantikannya sebagai Ahli Majlis Pimpinan Pusat (MPP) Parti Keadilan Rakyat (PKR).
Perkara itu disahkan oleh Naib Presiden PKR, Datuk Seri Aminuddin Harun di sini pada Rabu.
Iklan
Iklan
"Saya ada berjumpa dengan beliau (Roslan) hari ini dan bertanyakan adakah beliau ada menerima surat atau tawaran sebagai ahli MPP, beliau sendiri memberitahu tidak menerima apa-apa surat setakat ini.
"Beliau tidak berada dalam mesyuarat MPP berkenaan, hanya nama dipetik tapi setakat ini beliau tidak menerima sebarang surat berkaitan pelantikan yang dihebohkan itu," katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat mingguan Exco di Wisma Negeri.
Iklan
Beliau sebelum itu diminta mengulas mengenai pelantikan Roslan sebagai ahli MPP baharu parti itu selepas PKR membuat rombakan Majlis Pimpinan Negeri (MPN) di tujuh negeri, baru-baru ini.
Ketua Penerangan PKR, Fahmi Fadzil dalam satu kenyataan memaklumkan PKR turut melantik tiga ahli MPP baharu iaitu Datuk Dr Sangkar Rasam, Azan Ismail dan Datuk Dr Roslan Hussin.
Iklan
Aminuddin yang juga Menteri Besar Negeri Sembilan berkata, Roslan boleh menolak sebarang tawaran atau pelantikan ahli MPP itu disebabkan dia seorang penjawat awam dan masih memegang jawatan sebagai Pengarah JPNS.
"Jika pun ada (surat), Roslan boleh menerima atau pun menolak pelantikan itu. Jika dia menerima (jawatan ahli MPP) itu dan ada hitam putih, itu satu kesilapan dia.
"Tapi jika dia tidak terima jawatan, cuma orang sebut nama dia, tidak adil untuk dia," katanya.
Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!
<div itemscope itemtype="https://schema.org/VideoObject"><meta itemprop="name" content="PRN Melaka: Lima kali ayah tewas, saya tiada niat balas dendam – Mukhlis Mubin"><meta itemprop="description" content="Calon muda Pakatan Harapan (PH) bagi Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Linggi, Mukhlis Mubin tidak pernah berniat membalas dendam terhadap lima kekalahan bapanya dalam pilihan raya sebelum ini, sebaliknya menganggap itu sebagai cabaran untuk meneruskan perjuangan berbakti kepada masyarakat.
Mukhlis atau nama penuhnya, Muhammad Mukhlisul Mubin Julasapiyah, 25, berkata, pengalaman melihat bapanya, Julasapiyah Kassim, turun padang dan berkhidmat kepada masyarakat sejak beliau kecil banyak membentuk dirinya untuk turut aktif dalam kerja-kerja kemasyarakatan.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/802952/berita/politik/prn-melaka-lima-kali-ayah-tewas-saya-tiada-niat-balas-dendam-ndash-mukhlis-mubin
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #PRNMelaka #SuaraRakyat"><meta itemprop="uploadDate" content="2026-11-02T07:28:03.000Z"><meta itemprop="thumbnailUrl" content="https://s1.dmcdn.net/v/gY5ac1gw3kBiMQOb0/x1080"><meta itemprop="duration" content="P102S"><meta itemprop="embedUrl" content="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.html?video=xbsugx2"><meta itemprop="contentUrl" content="https://www.dailymotion.com/crawler/video/xbsugx2"><script src="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.js" data-video="xbsugx2"></script>