Kencing tikus: Taman Rimba Teluk Bahang ditutup

Iklan
Gambar hiasan - Foto Bernama

GEORGETOWN - Taman Rimba Teluk Bahang di sini ditutup sementara kepada orang ramai berikutan virus kencing tikus (leptospirosis).

Dalam satu kenyataan yang dikeluarkan Jabatan Perhutanan Negeri Pulau Pinang berkata, laporan awal yang diterima dari Jabatan Kesihatan Daerah Balik Pulau mendapati keputusan makmal sampel air dari Taman Rimba Teluk Bahang positif kencing tikus.

Iklan
Iklan

Menurutnya, penutupan berkenaan sekali gus melarang pengunjung untuk mengadakan semua jenis aktiviti perkelahan dan aktiviti air riadah harian bermula pada hari ini.

"Taman Rimba Teluk Bahang hanya akan dibuka setelah mendapat arahan rasmi selamat digunakan yang akan diumumkan kelak," katanya.

Iklan
Iklan