Adun tak terkejut Kamarul letak jawatan
Iklan
Yeo Tung Siong
PONTIAN - Peletakan jawatan pembantu khas Adun Pekan Nanas, Mohammad Kamarul Ariffin Harris Fadzillah sebagai Ahli Majlis Daerah Pontian disifatkan sebagai usaha yang baik bagi menyelesaikan isu yang dihadapinya.
Adun Pekan Nanas, Yeo Tung Siong berkata, beliau sama sekali tidak terkejut dengan keputusan diambil pembantu khasnya itu.
Iklan
Iklan
"Beliau meletakkan jawatan dengan niat yang baik untuk menyelesaikan masalah ini. Kamarul cukup ikhlas.
"Saya berpendapat beliau sudah berusaha untuk menyelesaikan isu ini kerana sebelum ini telah meminta maaf berhubung kenyataan yang dikeluarkan di Fcebook,” katanya kepada Sinar Harian di sini, hari ini.
Iklan
Dalam pada itu, menurutnya, kekosongan jawatan Ahli Majlis Daerah Pontian yang ditinggalkan Mohamad Kamarul Ariffin dari DAP akan dibincangkan parti itu di peringkat negeri.
Terdahulu, Exco Kerajaan Tempatan, Sains dan Teknologi Johor, Tan Hong Pin berkata, Mohammad Kamarul Ariffin meletak jawatan kelmarin.
Iklan
Kenyataan dilaporkan media semalam itu turut menyebut Hong Ping yang juga Setiausaha DAP akan mencalonkan pengganti Mohamad Kamarul dalam mesyuarat parti yang akan diadakan hujung bulan ini.
Mohammad Kamarul Ariffin diambil keterangan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Pontian pada malam Ahad lalu, berhubung kenyataannya yang memperlekeh Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim baru-baru ini.
<div itemscope itemtype="https://schema.org/VideoObject"><meta itemprop="name" content="SAR tiga mangsa dikhuatiri lemas diperluas hingga dua batu nautika"><meta itemprop="description" content="Operasi mencari dan menyelamat (SAR) tiga remaja yang masih hilang dipercayai lemas di Pantai Tanjung Lompat, Bandar Penawar di Kota Tinggi, diperluaskan sehingga dua batu nautika pada Khamis, lapor wartawan Sinar Harian, Nor Azura Md Amin.
Pemangku Pengarah Maritim Zon Tanjung Sedili, Komander Maritim Mohd Najib Sam berkata, perluasan sektor pencarian dilakukan susulan penemuan seorang mangsa pada jarak 500 meter dari lokasi kejadian pada Rabu.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/794650/edisi/johor/sar-tiga-mangsa-dikhuatiri-lemas-diperluas-hingga-dua-batu-nautika
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #keslemas #SAR #pencarianmangsalemas #TanjungLompat #Maritim"><meta itemprop="uploadDate" content="2026-09-03T05:18:42.000Z"><meta itemprop="thumbnailUrl" content="https://s2.dmcdn.net/v/d_gTU1gcGD7OpVmJ-/x1080"><meta itemprop="duration" content="P189S"><meta itemprop="embedUrl" content="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.html?video=xb3hv8e"><meta itemprop="contentUrl" content="https://www.dailymotion.com/crawler/video/xb3hv8e"><script src="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.js" data-video="xb3hv8e"></script>