Pemain, penyokong TRW di Karangkraf

Iklan
Gambar kecil: Muhammad Nasir

KOTA BHARU - Sempena perlawanan pramusim di Lembah Klang, pasukan The Red Warriors (TRW) akan berkunjung ke Kumpulan Karangkraf pada 15 Februari nanti.

Himpunan Gegar Penyokong TRW itu diatur sempena perlawanan menentang PDRM pada 14 Februari manakala PJ City pada 16 Februari.

Iklan
Iklan

Pengerusi Publisiti dan Kelab Penyokong Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA), Datuk Ir Saamin Fahmi Hassan berkata, majlis turut dirancang untuk mengumpulkan semua kelab penyokong bagi memudahkan pihaknya membuat perancangan seterusnya.

"Seperti yang kita maklum, KAFA tidak mempunyai sebarang database mengenai kelab penyokong. Sebelum ini kita sudah menyebarkan borang kepada semua pihak supaya maklumat mengenai kelab dapat dikumpulkan.

Iklan

"Dengan adanya perhimpunan ini secara tidak langsung kita akan merapatkan hubungan antara pemain, pengurusan dan penyokong," katanya dalam satu kenyataan.

Beliau berkata, seperti yang diketahui, penyokong TRW merupakan tonggak penting kepada nadi pasukan dalam memastikan pembangunan dan kejayaan kepada pasukan.

Iklan

"Kelantan antara pasukan yang bergantung kepada pemain ke-12, pada perlawanan menentang Terengganu dan Kedah baru-baru ini, penyokong memberi sambutan baik.

"Maknanya tiada pasukan Liga M yang mampu menyaingi Kelantan, kita tengok walaupun ada sesetengah memberi percuma masuk ke stadium untuk perlawanan persahabatan tetapi masih tiada sambutan daripada penyokong," katanya.

Dalam pada itu, Timbalan Pengerusi Kumpulan Karangkraf, Datuk Muhammad Nasir Hamzah mengalu-alukan kunjungan seluruh warga TRW termasuk penyokong dari seluruh negara ke kompleks Karangkraf.

Beliau yang juga Pengerusi Majlis Penasihat KAFA berharap agar kunjungan ini dapat menyuntik semangat penyokong TRW untuk sama- sama memberi semangat kepada pasukan.