Bangkai dua helikopter TLDM terlibat nahas akan dilupus
Iklan
Mohamed Khaled (kiri) menyantuni waris keluarga Allahyarham Nor Rahiza Anuar yang diwakili bapanya, Anuar Hassan dan suami, Mohd Azinor Azizan.
LUMUT - Kerajaan mengambil iktibar daripada nahas helikopter di Pangkalan Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) Lumut yang mengorbankan 10 nyawa, 23 April lalu dengan memperkukuh ciri keselamatan.
Menteri Pertahanan, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata, insiden berkenaan akan dijadikan panduan agar semua pihak lebih bersedia menghadapi sebarang kemungkinan pada masa akan datang.