VIT’S lancar ramen terbaharu bantu penggiat seni
Iklan
Mohd Ali (tengah) diiringi YT Lai dan Khadijah ketika pelancaran Ramen Asam Laksa Ibu padaMajlis Makan Amal ‘The Legends’ anjuran Karyawan di Dewan Perdana Felda pada Ahad.
SYARIKAT pengeluar makanan segera, Vit Makanan Kuala Lumpur Sdn Bhd menyumbang RM50,000 kepada tabung Persatuan Karyawan Malaysia (Karyawan) bagi membantu kebajikan golongan artis dan penggiat seni tanah air.
Pengarah Eksekutifnya, YT Lai berkata, VIT’S mahu bersama membentuk komuniti yang mengambil berat dan menghargai sumbangan pengiat seni dan mereka yang terlibat secara langsung atau tidak langsung dalam aktiviti karya seni di Malaysia.
Iklan
Iklan
"Bantuan yang diberikan oleh VIT’S ini diharap dapat membantu mereka yang kurang bernasib baik terutama individu yang bertugas di sebalik tabir bagi membolehkan mereka terus berkarya dan menyumbang jasa dalam bidang seni negara,” katanya.
Sumbangan itu disampaikan pada Majlis Makan Amal ‘The Legends’ anjuran Karyawan di Dewan Perdana Felda di sini pada Ahad.
Iklan
Antara artis yang membuat persembahan amal yang dibuat menerusi jualan meja berkenaan ialah Ramli Sarip, Datuk Awie, Datuk Khadijah Ibrahim dan Rahimah Rahim.
Turut hadir Yang Dipertua Negeri Melaka, Tun Dr Mohd Ali Rustam.
Iklan
VIT’S dalam pada itu turut berkolaborasi dengan penyanyi Datuk Khadijah Ibrahim untuk menghasilkan produk Ramen Asam Laksa Ibu.
"Dengan setiap pembelian Ramen Asam Laksa Ibu ini, RM1.00 daripadanya akan disumbangkan ke tabung Karyawan.
"VIT’S berharap orang ramai yang berminat boleh membeli produk berkenaan agar hasilnya dapat dinikmati oleh ahli persatuan yang memerlukan,” katanya.
Jelasnya, pada majlis makan amal berkenaan, VIT’S turut menghidangkan Ramen Asam Laksa Ibu kepada tetamu yang hadir.
Sementara itu produk keluaran terbaharu VIT’S boleh diperolehi menerusi aplikasi Tik Tok Shop vits__official.
Maklumat lanjut mengenai produk terbaharu ini boleh layari www.vitsnoodle.com
<div itemscope itemtype="https://schema.org/VideoObject"><meta itemprop="name" content="Dari dapur rumah ke kilang sendiri"><meta itemprop="description" content="Bermula sekadar menguli adunan di dapur rumah demi menyara keluarga, siapa sangka perniagaan kuih tradisional yang diasaskan seorang usahawan dari Gerik kini berkembang menjadi sebuah perusahaan makanan dengan kapasiti pengeluaran ratusan ribu unit sebulan, lapor wartawan Sinar Harian, Saifullah Ahmad.
Hamidah Sulaiman, 51, yang juga usahawan bimbingan Pihak Berkuasa Kemajuan Pekebun Kecil Perusahaan Getah (RISDA) berkata, perjalanan lebih 18 tahun dalam dunia keusahawanan membuktikan industri makanan tradisional masih relevan serta berpotensi besar jika diusahakan secara strategik dan berdisiplin.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/762391/bisnes/daripada-dapur-rumah-ke-kilang-sendiri
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #kuihtradisional #Bisnes #Risda #usahawantempatan #industrimakanantradisional"><meta itemprop="uploadDate" content="2026-01-02T02:59:35.000Z"><meta itemprop="thumbnailUrl" content="https://s1.dmcdn.net/v/ZknCw1fLpICDUeyQm/x120"><meta itemprop="duration" content="P184S"><meta itemprop="embedUrl" content="https://geo.dailymotion.com/player/x1ifxw.html?video=x9wwke2"><script src="https://geo.dailymotion.com/player/x1ifxw.js" data-video="x9wwke2"></script>