Ekopelancongan bantu majukan Negeri Sembilan
Iklan
Nicole (tengah) ketika menghadiri program di pantai peranginan Port Dickson.
NEGERI Sembilan yang terkenal dengan Adat Perpatih bukan sahaja kaya dengan adat dan budaya, tetapi mempunyai banyak lokasi menarik untuk dilawati selain menjadi tumpuan ekopelancongan.
Usaha kerajaan negeri untuk mempromosi pelbagai keunikan dan kekuatan industri pelancongan di negeri ini saban tahun berjaya menarik kehadiran pengunjung domestik dan antarabangsa.