Saeed Jalili bakal pengganti Ebrahim Raisi?
Iklan
Beliau sudah mempunyai kelompok penyokong tersendiri.
TEHERAN - Tokoh konservatif ini disebut sebagai salah seorang calon berprofil tinggi paling berpotensi untuk menggantikan Presiden Iran, Ebrahim Raisi yang terkorban dalam nahas helikopter pada bulan lalu.
Saeed Jalili merupakan individu yang tidak asing lagi kerana disebut sebagai ahli teori yang ‘merencanakan’ fungsi pentadbiran Raisi sebelum ini.