Maqis Kedah sumbang ayam sejuk beku bernilai lebih RM40,608
Iklan
Maqis Kedah menyumbang bekalan makanan haiwan bernilai lebih RM40,608 kepada pihak Pusat Pemulihan Akhlak Machang, Kelantan dan Penjara Penor, Pahang Jumaat lalu.
KUBANG PASU – Jabatan Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia (Maqis) Kedah menyumbang bekalan makanan haiwan bernilai lebih RM40,608 kepada Pusat Pemulihan Akhlak Machang, Kelantan dan Penjara Penor, Pahang Jumaat lalu.
Pengarah Maqis Negeri Kedah, Hisham Abu Bakar berkata, sejumlah 2,160 kilogram (kg) keratan ayam sejuk beku itu diserahkan kepada kedua-dua pihak berkenaan untuk memenuhi keperluan bekalan bahan mentah Iaitu dijadikan makanan ternakan ikan keli dibawah program rehabilitasi agensi tersebut.
Iklan
Iklan
Katanya, kesemua serahan itu adalah hasil sitaan pengimportan keluaran pertanian yang telah melalui proses undang-undang dan telah dilucut hak.
"Ini kerana mereka tidak mematuhi aspek perundangan seperti mana yang tertakluk di bawah Seksyen 13 Akta Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia 2011 [Akta 728]," katanya dalam kenyataan di sini pada Ahad.
Iklan
Menurutnya, Maqis tidak akan berkompromi terhadap semua barang dagangan yang melibatkan isu biosekuriti terutamanya aspek halal.
"Dalam pada itu, pegawai Maqis di pintu masuk negara akan tegas dalam melakukan penguatkuasaan terhadap setiap pengimportan keluaran pertanian.
Iklan
"Kita akan turut memberi kerjasama dalam pelbagai aspek dan diharap usaha ini dapat membantu jabatan dan agensi yang memerlukan," ujarnya.
Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!
<div itemscope itemtype="https://schema.org/VideoObject"><meta itemprop="name" content="Sikap penghuni terus menjadi ‘musuh’ utama Flat Teluk Indah"><meta itemprop="description" content="Sikap penghuni terus menjadi ‘musuh’ utama Flat Teluk Indah
 Perubahan pengurusan sejak kira-kira tiga tahun lalu berjaya mengubah wajah Blok E1 dan E2 Flat Teluk Indah, Perai apabila keadaan kebersihan, penyelenggaraan serta pengurusan parkir dilihat jauh lebih baik berbanding sebelum ini.
Namun, usaha berkenaan masih belum mampu menghapuskan sepenuhnya imej kotor yang sekian lama membelenggu kedua-dua blok tersebut apabila sikap segelintir penghuni yang tidak bertanggungjawab terus menjadi punca utama masalah.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/788634/edisi/utara/sikap-penghuni-terus-menjadi-musuh-utama-flat-teluk-indah
Muzik: Elevate dari www.bensound.com
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #Kebersihan #Flat #Flattelukindah"><meta itemprop="uploadDate" content="2026-07-20T09:12:48.000Z"><meta itemprop="thumbnailUrl" content="https://s2.dmcdn.net/d/1000002pgLFWw/x1080"><meta itemprop="duration" content="P120S"><meta itemprop="embedUrl" content="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.html?video=xaqngae"><meta itemprop="contentUrl" content="https://www.dailymotion.com/crawler/video/xaqngae"><script src="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.js" data-video="xaqngae"></script>