Amir Kuwait lantik Sheikh Sabah Khaled Al Hamad sebagai putera mahkota

Iklan
Sheikh Sabah Khaled Al Hamad - Foto: Reuters

KUWAIT - [DIKEMAS KINI] Amir Kuwait, Mishal Al Ahmad Al Jaber Al Sabah pada Sabtu mengeluarkan dekri melantik Sabah Khaled Al Hamad Al Sabah sebagai putera mahkota, lapor Agensi Anadolu memetik Agensi Berita Kuwait (KUNA).

Mishal Al Ahmad Al Jaber Al Sabah mengambil alih kepimpinan Kuwait pada Disember 2023.

Iklan
Iklan

Keputusan baginda untuk melantik putera mahkota dibuat kira-kira tiga minggu selepas beliau membubarkan Parlimen pada 10 Mei dan menggantung beberapa perkara dalam Perlembagaan.

Baginda menyifatkan langkah itu sebagai"keputusan sukar untuk menyelamatkan negara dan menjamin kepentingannya yang tinggi."

Iklan

Beliau menambah bahawa negara sedang menghadapi"kesukaran dan halangan yang tidak dapat ditanggung," merujuk kepada perselisihan faham antara kerajaan dan parlimen, yang mengakibatkan peletakan jawatan kerajaan beberapa kali.

Putera Mahkota Sabah Khaled Al Hamad Al Sabah dilahirkan pada 15 Mac 1953, pernah berkhidmat sebagai perdana menteri dari 19 November 2019 hingga 24 Julai 2022.

Iklan

Bulan lepas, kerajaan baharu Kuwait yang diketuai oleh Ahmed Abdullah Al Ahmad Al Sabah dan terdiri daripada 13 menteri, mengangkat sumpah di hadapan Amir. - Bernama

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!