Muhyiddin 'panglima perang' Bersatu
Iklan
Rakaman Interviu bersama Timbalan Presiden Bersatu, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu di Kompleks Kumpulan Karangkraf pada Jumaat. Foto Sinar Harian-MOHD HALIM ABDUL WAHID
TIMBALAN Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu menegaskan parti itu memerlukan panduan dan kepimpinan Presidennya, Tan Sri Muhyiddin Yassin sekurang-kurangnya sehingga Pilihan Raya Umum (PRU) akan datang demi mempersiapkan jentera parti menghadapi lawan.
Namun dalam masa sama, beliau tidak menolak sekiranya ada bakat-bakat baharu yang layak diketengahkan sebagai pemimpin bagi jawatankuasa tertinggi parti iaitu melibatkan jawatan naib presiden, timbalan dan jawatan presiden sendiri jika tidak dipertahankan oleh Muhyiddin.