Amanah jelajah negeri ajak masyarakat tolak fahaman ekstremis
Iklan
Mujahid (dua dari kiri) dan Mohd Asmirul (kiri) pada sidang akhbar di Wima Amanah.
ALOR SETAR - Parti Amanah Negara (Amanah) mengajak masyarakat menolak fahaman ekstremis yang semakin membimbangkan khususnya dalam parti politik.
Timbalan Presiden Amanah, Datuk Seri Dr Mujahid Yusof berkata, sekiranya tidak dibendung, dibimbangi ia akan mengancam perpaduan nasional menerusi pemikiran melampau mahupun keganasan.
Iklan
Iklan
Menurutnya, parti itu mengambil inisiatif menjelajah ke setiap negeri bagi menerangkan kepada orang ramai tentang bahaya fahaman ekstremis atau ‘ghuluw’ dalam masyarakat.
"Kita mengambil langkah kesedaran dan mendidik masyarakat menolak apa sahaja unsur berkaitan fahaman ekstremis terutama dalam politik.
Iklan
Ada parti politik menanam bibit-bibit seperti taasub kepada parti, contohnya tak sokong parti itu masuk neraka atau parti mereka sahaja mewakili Islam, parti lain tidak.
"Ia tindakan berbahaya. Kalau kita tak kekang, akan jadi benih-benih ekstremis.
Iklan
Ia tidak semestinya membawa kepada keganasan tetapi pemikiran itu akan memecah-belahkan masyarakat, bukan pemikiran yang menyatukan,” katanya dalam sidang akhbar selepas mengadakan sesi libat urus bersama jawatankuasa pimpinan, sayap dan kawasan Amanah Kedah, di Wisma Amanah pada Jumaat.
Hadir sama, Pengerusi Amanah Kedah, Mohd Asmirul Anuar Aris.
Mujahid berkata, tidak salah untuk parti politik berbeza pandangan, namun elakkan daripada menggunakan fatwa-fatwa tertentu yang tidak sewajarnya.
"Kita menyatakan pendirian melalui kesedaran, bukan secara politik membuta tuli sebaliknya berdasarkan fakta akademik, ilmu supaya ahli Amanah bersiap sedia berdepan dengan kebangkitan fahaman ekstrem, khususnya dalam parti-parti politik.
"Fahaman ekstrem yang membimbangkan ialah sehingga membawa kepada sikap keganasan atau tidak hormat undang-undang dan pihak keselamatan,” ujarnya.
Menurutnya, pendirian Amanah itu juga selari dengan konsep Malaysia Madani yang mengajak kepada salah satu prinsip teras, iaitu keamanan, kemampanan dan menghormati serta ihsan.
"Sebagai menyambut konsep Madani itu, Amanah ambil inisiatif menerangkan bahayanya fahaman ekstrem atau ghuluw dalam masyarakat dan parti politik, selari dengan dasar parti Amanah, iaitu ‘Rahmah’.
"Sikap ekstrem dalam politik seperti mengkafirkan sesama muslimin adalah perkara yang merosakkan perpaduan negara.
Atas kesedaran itu bagi membantu semua pihak melawan idea-idea tersebut, Amanah menjelajah setiap negeri untuk menentang pemikiran ghuluw,” ujarnya.
Mujahid memaklumkan, bermula dari Perlis, forum ‘Ghuluw mengancam perpaduan nasional’ akan turut menjelajah ke Selangor, Melaka, Johor termasuk Sabah dan Sarawak.
"Ini antara program sebagai ‘kick off’ untuk tahun ini dalam menyatakan pendirian Amanah selain mendidik ahli-ahli akar umbi untuk melawan idea-idea tersebut supaya tidak menjejaskan keamanan negara,” katanya.
Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!
Perikatan Nasional (PN) menubuhkan pasukan perundangan bagi meneliti tindakan Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (RoS) yang menggantung semua kegiatan gabungan itu, lapor wartawan Sinar Harian, Adila Sharinni Wahid.
Setiausaha Agung PN, Datuk Seri Takiyuddin Hassan berkata, pasukan berkenaan sedang meneliti tindakan yang sesuai dari sudut perundangan termasuk kemungkinan memohon injunksi atau pengisytiharan bahawa keputusan berkenaan tidak sah.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/797938/berita/politik/pn-tubuh-pasukan-perundangan-teliti-tindakan-ros
Muzik: Elevate dari www.bensound.com
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.