Teladan dari Cox’s Bazar
Iklan
Foto pada 24 Mei lalu menunjukkan pelarian Rohingya berjalan menyusuri laluan di kem mereka di Ukhia di daerah Cox's Bazar, tenggara Bangladesh. - AFP
MEMBIASAKAN diri dengan kesesakan Dhaka memerlukan sedikit masa, tetapi kunjungan saya awal bulan ini memberikan lebih banyak pengajaran berbanding kunjungan saya pada Mac 2023 ketika melancarkan kampus Universiti UCSI di Bangladesh.
Dalam kunjungan tersebut, saya bertemu dengan puluhan pelajar universiti yang mengambil jurusan sains komputer, pemasaran dan kewangan, semuanya bersemangat tentang peluang yang akan terbuka kerana ijazah mereka.