AHLI Dewan Undangan Negeri (ADUN) Duyong, Damian Yeo Shen Li diumumkan secara rasmi sebagai Presiden Persatuan Bola Sepak Melaka United (MUSA) pada Kongres ke-64 persatuan itu di Ayer Keroh, dekat sini semalam.
Setiausaha Agung MUSA, Farhan Ibrahim, membuat pengumuman tersebut pada kongres yang dihadiri oleh 46 perwakilan Kelab Gabungan MUSA serta Timbalan Presiden MUSA, Datuk Mohd Yusoff Mahadi, yang juga timbalan presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM).