Nurul Izzah tak sesuai bertanding DUN
Iklan
Penganalisis politik berpandangan Nurul Izzah lebih sesuai diangkat sebagai Senator Dewan Negara atau ‘bermain atas pentas politik nasional’ iaitu diletakkan sebagai calon PH sekiranya ada kekosongan mana-mana kerusi Parlimen dalam masa terdekat. Gambar kecil dari kiri: Manimaran, Sivamurugan
Tidak dinafikan bekas Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan mantan Ahli Parlimen Permatang Pauh, Nurul Izzah Anwar mempunyai pengalaman luas dan pengaruh tersendiri dalam arena politik tanah air sehingga digelar Puteri Reformasi.
Namun, bekas Ahli Parlimen Lembah Pantai itu dilihat kurang sesuai untuk diturunkan sebagai calon Pakatan Harapan (PH) dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Udangan Negeri (DUN) Sungai Bakap, Pulau Pinang kerana pelbagai faktor.