PBAKL 2024: Novel Korea dapat sambutan luar biasa
Iklan
Shahida menunjukkan novel 'Selamat Datang ke Kedai Buku Hyunam-Dong' dan 'Kepada Perempuan Yang Menginginkan Suamiku' yang dijual di reruai Karangkraf sempena PBAKL 2024 di WTCKL.
KUALA LUMPUR - Novel karya penulis Korea, Hwang Bo-reum berjudul 'Selamat Datang ke Kedai Buku Hyunam-Dong' menjadi naskhah terlaris di reruai Kumpulan Karangkraf sempena Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur (PBAKL) 2024.
Editor Novel Grup Buku Karangkraf (GBK), Shahida Md Khasim berkata, novel yang diterjemahkan daripada bahasa Korea itu telah terjual lebih 1,000 naskhah sejak hari pertama pesta tersebut diadakan minggu lalu.
Reruai Karangkraf terletak di tingkat tiga WTCKL.
Iklan
Iklan
"Novel ini sebenarnya sudah banyak kali dialih bahasa seperti Inggeris, Latin, Cina dan Indonesia tetapi di Malaysia, Karangkraf menjadi penerbit buku yang mendapat hak cipta untuk menterjemahkannya kepada bahasa Melayu.
"Naskhah ini dihasilkan daripada kisah sebenar penulis yang mengalami tekanan di tempat kerja hingga mengganggu rutin kehidupan, kesihatan dan hubungan bersama pasangan.
Iklan
"Akhirnya dia berhenti kerja dan membuka sebuah kedai buku di pinggir bandar, belajar mengenai trend pelanggan hingga kedai buku tersebut berjaya dikenali ramai," katanya ketika ditemui di PBAKL 2024 di Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur (WTCKL), pada Khamis.
Pelbagai aktiviti menarik disediakan di reruai Karangkraf termasuk pertandingan mewarna untuk kanak-kanak
Dalam pada itu beliau memaklumkan, naskhah yang diterjemahkan oleh Pengurus Penerbitan GBK, Azzah Abdul Rahman itu diterbitkan di bawah jenama Karangkraf Literature (K-Lit) Plus.
Iklan
Setakat ini katanya, hanya 'Selamat Datang ke Kedai Buku Hyunam-Dong' dikategorikan sebagai K-Lit Plus ekoran novel berkenaan adalah hasil terjemahan.
"Kita ada tujuh novel dibawah jenama K-Lit termasuk dua yang terbaharu iaitu 'Kepada Perempuan Yang Menginginkan Suamiku' dan 'Cinta Maha Luas'."
"Dua novel tersebut merupakan karya penulis Indonesia yang terkenal yang mereka sendiri hantar menuskrip kepada kita untuk diterbitkan. Kita menjadi penerbit tunggal di Malaysia.
"Alhamdulillah, jenama K-Lit sentiasa mendapat sambutan dalam kalangan pembaca dan maklum balas yang kita terima juga amat positif hingga ada yang promosikan di media sosial masing-masing," ujarnya.
Reruai Kumpulan Karangkraf di PBAKL menyediakan pelbagai jenis bahan bacaan untuk semua golongan masyarakat yang dijual pada harga serendah RM10 selain potongan harga sehingga 20 peratus kepada pelanggan.
Pesta buku tersebut akan berlangsung sehingga 2 Jun depan dan reruai Karangkraf berada di tingkat tiga dan empat WTCKL.
Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!
Jurucakap Kerajaan Madani, Datuk Fahmi Fadzil berkata, jawatankuasa khas itu yang dipengerusikan Peguam Negara, Tan Sri Mohd Dusuki Mokhtar kini hampir selesai proses siasatan.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/769691/berita/nasional/laporan-siasatan-pemilikan-saham-azam-diserahkan-minggu-depan
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
Jom sertai World #QuranHour 2026 bertemakan Membentuk Manusia Sebelum Membina Dunia.
Daftar di sini untuk pendaftaran fizikal ke Lokasi Perdana:
https://ezy.la/WQH2026
atau daftar di sini untuk Lokasi Hotspot:
https://ezy.la/HOTSPOT