Ringgit dibuka rendah berbanding dolar AS
Iklan
Pada 9.00 pagi, ringgit merosot kepada 4.7150/7190 berbanding dolar AS daripada 4.7030/7060 pada Rabu. Foto hiasan
RINGGIT dibuka rendah berbanding dolar AS hari ini, meneruskan aliran penurunan semalam berikutan permintaan yang lebih tinggi terhadap mata wang Amerika Syarikat (AS) itu, kata penganalisis.
Pada 9.00 pagi, ringgit merosot kepada 4.7150/7190 berbanding dolar AS daripada 4.7030/7060 pada Rabu.
Iklan
Iklan
Ketua Ahli Ekonomi Bank Muamalat Malaysia Bhd, Dr Mohd Afzanizam Abdul Rashid berkata, Indeks Dolar AS (DXY) dan hasil sekuriti Perbendaharaan AS meningkat malam semalam, menunjukkan kawalan ketat Rizab Persekutuan AS (Fed) terhadap dasar monetari akan berterusan.
DXY melepasi 105 mata selepas berada pada sekitar 104 mata selama beberapa hari manakala hasil Perbendaharaan AS untuk tempoh 10 tahun naik enam mata asas kepada 4.61 peratus.
Iklan
"Berdasarkan ini, ringgit akan kekal rendah berikutan permintaan terhadap dolar AS yang kekal kukuh,” katanya kepada Bernama.
Berbanding sekumpulan mata wang utama, ringgit diniagakan tinggi kecuali berbanding yen Jepun.
Iklan
Mata wang tempatan naik berbanding euro kepada 5.0903/0946 daripada 5.1032/1065 pada Rabu dan meningkat berbanding pound kepada 5.9847/9898 daripada 6.0010/0049 semalam.
Ia rendah berbanding yen Jepun kepada 2.9957/9987 daripada 2.9923/9944 pada Rabu.
Ringgit mencatatkan prestasi kebanyakannya rendah berbanding mata wang ASEAN.
Ia mengukuh berbanding baht Thailand kepada 12.7729/7886 daripada 12.7938/8068 pada Rabu. Ia susut berbanding rupiah Indonesia kepada 291.7/292.1 daripada 290.9/291.3 dan merosot berbanding peso Filipina kepada 8.05/8.06 daripada 8.04/8.05 sebelum ini.
Ia turut rendah berbanding dolar Singapura kepada 3.4854/4886 daripada 3.4850/4875 semalam. - Bernama
Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!
<div itemscope itemtype="https://schema.org/VideoObject"><meta itemprop="name" content="Dari dapur rumah ke kilang sendiri"><meta itemprop="description" content="Bermula sekadar menguli adunan di dapur rumah demi menyara keluarga, siapa sangka perniagaan kuih tradisional yang diasaskan seorang usahawan dari Gerik kini berkembang menjadi sebuah perusahaan makanan dengan kapasiti pengeluaran ratusan ribu unit sebulan, lapor wartawan Sinar Harian, Saifullah Ahmad.
Hamidah Sulaiman, 51, yang juga usahawan bimbingan Pihak Berkuasa Kemajuan Pekebun Kecil Perusahaan Getah (RISDA) berkata, perjalanan lebih 18 tahun dalam dunia keusahawanan membuktikan industri makanan tradisional masih relevan serta berpotensi besar jika diusahakan secara strategik dan berdisiplin.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/762391/bisnes/daripada-dapur-rumah-ke-kilang-sendiri
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #kuihtradisional #Bisnes #Risda #usahawantempatan #industrimakanantradisional"><meta itemprop="uploadDate" content="2026-01-02T02:59:35.000Z"><meta itemprop="thumbnailUrl" content="https://s1.dmcdn.net/v/ZknCw1fLpICDUeyQm/x120"><meta itemprop="duration" content="P184S"><meta itemprop="embedUrl" content="https://geo.dailymotion.com/player/x1ifxw.html?video=x9wwke2"><script src="https://geo.dailymotion.com/player/x1ifxw.js" data-video="x9wwke2"></script>