‘Tak patut ada rundingan langsung‘
Iklan
Laporan Sinar Harian berhubung TI-M yang mempersoalkan ketelusan memproses tender menggunakan rundingan terus bagi Projek Rintis Demand Responsive Transit oleh kerajaan negeri Selangor.
ITU bukan Awang kata atau musuh kerajaan kata atau rakyat yang kata. Itu ungkapan yang kerap diulang-ulang oleh Tuk Seri PMX.
Malah dalam perutusannya kepada rakyat Malaysia baru-baru ini beliau sebut lagi hal itu. Beliau nak elak ketirisan, nak selamatkan duit rakyat, nak pastikan bahawa tidak ada mana-mana pihak terutamanya yang ‘mahakaya’ dapat keistimewaan lagi.