Kantoi cuba seludup 'plastik hitam' dari Thailand
Iklan
Sebanyak 59 tin makanan udang yang dibungkus dalam plastik hitam dan dibawa dalam bonet sebuah kereta berjaya dirampas Maqis.
BUKIT KAYU HITAM - Jabatan Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia (Maqis) Kedah menggagalkan cubaan membawa masuk makanan udang tanpa permit dari Thailand di Kompleks Kastam, Imigresen, Kuarantin dan Keselamatan (ICQS) di sini Selasa lalu.
Pengarah Maqis Kedah, Lily Rosalind berkata, pihaknya menemui 59 tin makanan udang dengan anggaran nilai RM800 dalam plastik hitam yang dibawa dalam bonet sebuah kereta dalam pemeriksaan pada 8.30 malam.
Iklan
Iklan
Menurutnya, barangan itu cuba dibawa masuk tanpa dokumen sah seperti permit import dan lesen pengimportan bawah Akta Makanan Haiwan 2009.
Makanan udang tanpa permit dari Thailand yang dirampas di ICQS Bukit Kayu Hitam.
"Perbuatan mengimport keluaran perikanan tanpa permit sah oleh Jabatan Maqis adalah kesalahan bawah Sekyen 11(1) Akta Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia 2011 (Akta 728) dan boleh dihukum bawah Seksyen 11(3) jika sabit kesalahan boleh didenda tidak melebihi RM100,000 atau dipenjara tidak melebihi enam tahun atau kedua-duanya sekali,” katanya.
Iklan
Lily Rosalind berkata, kesemua makanan udang yang dirampas akan dilupuskan mengikut prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan.
"Akta 728 ini adalah bagi memastikan kawalan penyakit haiwan/ikan/tumbuhan dan jaminan keselamatan makanan mematuhi aspek kesihatan manusia, selain mengawal kemasukan perosak merbahaya yang boleh mengancam industri pertanian negara,” katanya.
Iklan
<div itemscope itemtype="https://schema.org/VideoObject"><meta itemprop="name" content="40,000 pesawah MADA masih belum terima baja tambahan"><meta itemprop="description" content="40,000 pesawah MADA masih belum terima baja tambahan
Kira-kira 40,000 daripada 60,000 pesawah di kawasan Lembaga Kemajuan Pertanian Muda (MADA) masih belum menerima baja tiga (tambahan) sekali gus dikhuatiri menjejaskan hasil padi pada musim ini,a lapor wartawan Sinar Harian, Wan Mohd Noor Hafiz Wan Mansor.
Pengerusi Pertubuhan Persaudaraan Pesawah Malaysia (PeSAWAH), Abdul Rashid Yob berkata, setakat ini hanya kira-kira 20 peratus atau 120,000 daripada lebih 600,000 kampit baja tiga sudah diedarkan kepada pesawah di 27 Pertubuhan Peladang Kawasan (PPK) di kawasan MADA.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/791887/edisi/utara/40000-pesawah-mada-masih-belum-terima-baja-tambahan
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #keskelewatanpenerimaanbajatambahan #bajatigpesawah"><meta itemprop="uploadDate" content="2026-08-13T10:10:51.000Z"><meta itemprop="thumbnailUrl" content="https://s1.dmcdn.net/d/1000002pgLFWw/x1080"><meta itemprop="duration" content="P184S"><meta itemprop="embedUrl" content="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.html?video=xaxe1em"><meta itemprop="contentUrl" content="https://www.dailymotion.com/crawler/video/xaxe1em"><script src="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.js" data-video="xaxe1em"></script>