GEMS Residences tampil kemudahan rekreasi berkonsepkan minimalis Jepun
Iklan
Kemudahan peralatan gym terkini turut disediakan kepada pemilik unit kondominium GEMS Residences. Foto Sinar Harian-ROSLI TALIB
BUAT pertama kalinya konsep penjagaan dan prinsip reka bentuk berasaskan komuniti Jepun diperkenalkan menerusi GEMS Residences.
Dibangunkan oleh IOI Properties Group Bhd (IOIPG), GEMS Residences menonjolkan kemudahan rekreasi berinspirasikan minimalis Jepun.
Iklan
Iklan
GEMS Residences berkeluasan 9.65 ekar ialah pembangunan kondominium pegangan bebas dengan 676 unit di empat blok bertingkat rendah sehingga 16 tingkat dan empat menara bertingkat tinggi sehingga 34 tingkat.
Reka bentuk binaan daripada 969 sehingga 1,690 kaki persegi sesuai untuk pembeli yang lebih muda dan ruang yang lebih besar untuk keluarga. Foto Sinar Harian-ROSLI TALIB
Iklan
Reka bentuk binaan daripada 969 sehingga 1,690 kaki persegi sesuai untuk pembeli yang lebih muda dan ruang yang lebih besar untuk keluarga, dengan harga bermula RM650,000.
Kediaman itu menggabungkan kehidupan gaya hidup dengan perkhidmatan kesejahteraan holistik melalui penubuhan 'Wellness Concierge' yang menyediakan penjagaan berasaskan komuniti, termasuk jururawat bertauliah untuk memberikan nasihat kesihatan am dan perundingan.
Iklan
Ruang dalaman yang luas dan boleh dipadankan dengan kemasan dalaman untuk tampak lebih moden. Foto Sinar Harian-ROSLI TALIB
Malah terdapat kemudahan perkhidmatan kesihatan komprehensif di mana pemilik boleh menikmati sesi fisioterapi dan pemeriksaan tanda vital percuma, serta hidroterapi.
Terdapat juga bantuan khas seperti pertolongan cemas serta pemeriksaan kesihatan penting percuma untuk pemilik dan penduduk GEMS Residences.
Selain daripada unit standard, rumah terpilih menawarkan lobi lif persendirian, ciri premium yang jarang dilihat di kondominium dengan harga yang sama.
Unit dengan akses tempat letak kereta juga disediakan, dengan ruang letak kereta di aras yang sama hanya dalam jarak berjalan kaki yang singkat, sama seperti rumah di atas tanah.
GEMS Residences juga menawarkan 109 unit kerusi roda dan pangsapuri mesra geriatrik dengan elemen reka bentuk untuk warga emas atau mereka yang mempunyai mobiliti terhad.
Terletak di tengah-tengah perbandaran bersepadu seluas 788 ekar, GEMS Residences mendapat manfaat daripada gabungan kemudahan komersial, hospitaliti, penjagaan kesihatan dan rekreasi IOI Resort City yang komprehensif.
Bilik karoake juga disediakan. Foto Sinar Harian-ROSLI TALIB
Ia termasuk pusat beli-belah IOI City Mall berkeluasan 2.5 juta kaki persegi dan padang golf Palm Garden seluas 125 ekar serta sambungan utama ke pelbagai lebuh raya bagi memudahkan perjalanan ke Putrajaya (10 minit), Puchong (15 minit) dan Kuala Lumpur (30 minit).
Ketua Pemasaran dan Penjenamaan IOIPG, Nicole Lee Chee Yiing, berkata sebagai permata IOI Resort City, GEMS Residences membuka jalan baharu untuk pemaju hartanah itu kerana ia merupakan perkongsian pertamanya dengan rakan kongsi Jepun, Mitsubishi Estate Residence.
"GEMS Residences merupakan projek pertama yang menggabungkan kediaman gaya hidup dalam satu konsep holistik.
Nicole Lee Chee Yiing, Soichiro Kanada. Foto Sinar Harian-ROSLI TALIB
"Kepuasan pelanggan kami jelas dalam Majlis Penghargaan Pembeli GEMS Residences yang diadakan pada 28 April lalu, di mana lebih daripada 380 pemilik berkumpul untuk meraikan pemilikan mereka," katanya semasa lawatan media ke GEMS Residences pada Khamis.
Sementara itu, Pengarah Eksekutif Mitsubishi Estate Asia, Soichiro Kanada berkata, pihaknya meneroka pasaran Malaysia kerana hubungan rapat dan mesra antara komuniti perniagaan.
"Di Malaysia, kami mengenal pasti IOI Resort City sebagai kawasan yang berpotensi pertumbuhan tinggi, memandangkan lokasinya yang strategik dalam koridor pembangunan selatan Kuala Lumpur dengan kebolehcapaian utama dan profil kemudahan yang matang.
"Kami juga tertarik dengan visi IOI Properties dan pendekatannya yang ke hadapan untuk GEMS Residences, membolehkan kami meminjamkan pengalaman dan kepakaran," katanya.
Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!
Hamidah Sulaiman, 51, yang juga usahawan bimbingan Pihak Berkuasa Kemajuan Pekebun Kecil Perusahaan Getah (RISDA) berkata, perjalanan lebih 18 tahun dalam dunia keusahawanan membuktikan industri makanan tradisional masih relevan serta berpotensi besar jika diusahakan secara strategik dan berdisiplin.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/762391/bisnes/daripada-dapur-rumah-ke-kilang-sendiri
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.