Kepayahan bapa strok pembakar semangat raih 11A dalam SPM

Iklan
Muhammad Muzammil menunjukkan keputusan SPM sambil ditemani bapanya.

SUNGAI PETANI - Kesusahan menjaga bapa yang diserang strok menjadi inspirasi kepada ketua pelajar Maktab Mahmud Alor Setar beroleh kejayaan cemerlang dalam Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2023.

Muhammad Muzzammil Muhamad Yusuff, 18, berkata, dia tersentuh melihat kepayahan ibunya, Haslinda Omar, 42, yang terpaksa menjaga bapa, Muhamad Yusuff Ahamad, 43, yang terlantar selama lebih setahun menjadi pembakar semangat untuknya lebih berjaya.

Kejayaan cemerlang dihadiahkan buat bapa yang kini beransur pulih akibat strok.

Iklan
Iklan

"Hari ini ayah menangis gembira melihat keputusan SPM saya, Alhamdulillah dapat menggembirakan kedua-dua ibu bapa," katanya ketika ditemui di rumahnya di Bandar Amanjaya pada Isnin.

Jelasnya, kejayaan itu juga sebagai membalas jasa dan pengorbanan ibu yang menyara keluarga selepas bapa terlantar akibat strok, empat tahun lalu.

Iklan

Lebih menggembirakan apabila bapanya kini beransur pulih.

Anak sulung daripada tiga beradik itu memperoleh keputusan cemerlang dalam SPM iaitu 11 A iaitu 9A, 1 A dan A-.

Iklan

Dia kini menyambung pembelajaran Tingkatan Enam di Maktab Mahmud Alor Setar dan menyimpan hasrat menyambung pengajian dalam bidang syariah di Universiti Al-Azhar.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!