500 pemilik Proton Exora berhimpun Sabtu ini

Iklan
Kelab Pemilik Proton Exora Malaysia (EOCM) menganjurkan Exora Day 2024 bertempat di Dataran Gemilang Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) pada 1 Jun ini.

SHAH ALAM – Kelab Pemilik Proton Exora Malaysia (EOCM) akan mengadakan Exora Day 2024 bertempat di Dataran Gemilang, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) pada 1 Jun ini.

Presidennya, Hezri Kusrin berkata, seramai kira-kira 500 pemilik Proton Exora telah mendaftarkan diri masing-masing bagi menyertai acara terbesar itu yang turut diadakan dengan kerjasama Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK), Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Menteri Besar Selangor Incorprated (MBI) dan KL Audio.

Iklan
Iklan

Menurutnya, ini merupakan kali kedua himpunan terbesar seumpamanya diadakan sejak penubuhan kelab itu yang berdaftar secara rasmi dengan Jabatan Pendaftar Pertubuhan (ROS) pada tahun 2009.

HEZRI

"Program ini sengaja dirancang pada musim cuti persekolahan bagi memberi peluang kepada ahli EOCM dan peserta untuk hadir bersama keluarga masing-masing.

Iklan

"Mereka yang hadir pada Exora Day yang bermula jam 8 pagi ini boleh menyertai pelbagai acara dan aktiviti yang diadakan,” katanya kepada Sinar Harian pada Isnin.

Beliau berkata, program berkonsepkan karnival itu turut diserikan dengan kehadiran band nyanyian artis tempatan (indie) dan pempengaruh media sosial yang turut terlibat dalam forum berkaitan pencegahan dadah serta persembahan akustik.

Iklan

"Bagi memberi nilai tambah kepada kepada Exora Day terdapat juga pertandingan auto show, audio show Proton Exora dan Auto Show Open yang kesemuanya menawarkan hadiah kepada pemenang,” katanya.

Selain itu, aktiviti lain yang dianjurkan termasuklah demo sukan ekstrem, explorace anti dadah, penalty shootout,klinik asas muzik serta cabutan bertuah.

"Bagi menampilkan kelainan kita ada juga reruai dan pempaper agensi kerajaan, car boot sale dan food truck.

"Bezanya kali ini mahasiswa UKM turut serta bersama kami dengan acara penutup bakal disempurnakan oleh Exco Belia, Sukan dan Keusahawanan Selangor, Mohd Najwan Halimi," katanya.

Sebarang pertanyaan dan maklumat lanjut hubungi urusetia Exora Day, Edil Basri 010-7720445.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!