Liga Super: Selangor FC kekal harga tiket, sasar stadium penuh

Iklan
Johan Kamal. Foto fail Bernama

SELANGOR FC akan terus mengekalkan harga tiket untuk aksi Liga Super 2024/2025 di Stadium Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) meskipun kapasiti stadium itu berkurangan selepas dinaik taraf sebelum ini.

Ketua Pegawai Eksekutif Selangor FC, Dr Johan Kamal Hamidon berkata, hal itu kerana pengurusan Selangor FC mahu menarik minat penyokong untuk menyaksikan setiap perlawanan musim ini, sekali gus memastikan gelanggang skuad Gergasi Merah itu 'full house’ bagi setiap aksi.

Iklan
Iklan

"Kita sememangnya maklum dengan pengurangan kapasiti stadium dan kita tetapkan harga (tiket) yang sama (seperti musim lepas), kita cuba dapatkan kehadiran penuh ke stadium untuk setiap perlawanan.

"Tahun lepas purata (kehadiran) setiap perlawanan kita dalam 7,000 hingga 8,000, jadi sasaran kami untuk penuhkan stadium dengan kehadiran 10,000 hingga 11,000 (setiap perlawanan), peningkatan dalam 30 peratus,” katanya selepas aksi Liga Super 2024/2025 di stadium berkenaan malam tadi.

Iklan

Beliau berkata, pihak pengurusan Selangor FC optimis pendapatan pasukan itu mampu dijana menerusi penjualan makanan dan aktiviti pengaktifan jenama daripada penaja dan sokongan penaja.

Selangor FC menetapkan harga tiketnya mengikut pengelasan Tier 1 dan Tier 2 selain berdasarkan reputasi kelab yang datang bertandang selain taraf kejohanan yang dihadapi.

Iklan

Harga tiket bagi Tier 1 ialah RM5 (kanak-kanak), RM25 (terbuka) dan RM30 (Grandstand) manakala Tier 2 berharga RM5 (kanak-kanak), RM20 (terbuka) dan RM25 (Grandstand).

Stadium MBPJ telah dinaik taraf pada Disember lepas sebagai persiapan selepas Selangor FC meraih slot ke Liga Juara-Juara AFC 2 (ACL2) 2024-2025 dan projek menaik taraf itu menyebabkan kapasiti stadium terbabit berkurang daripada 25,000 kepada 10,661 tempat duduk. - Bernama

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!