[VIDEO] SPM Kedah catat keputusan terbaik dalam tempoh 13 tahun
Iklan
SUNGAI PETANI - Keputusan peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) Negeri Kedah tahun 2023 mencatatkan pencapaian terbaik dalam tempoh 13 tahun.
Pengarah Pendidikan Kedah, Ismail Othman berkata, pencapaian Gred Purata Negeri (GPN) meningkat 0.21 peratus iaitu 4.77 berbanding 4.98 pada tahun 2022.
Iklan
Iklan
Menurutnya, peratus calon layak mendapat sijil juga menunjukkan peningkatan sebanyak 3.63 peratus iaitu 90.21 peratus kepada 93.84 peratus.
Beliau berkata demikian semasa sidang media Majlis Pengumuman Keputusan Peperiksaan SPM Tahun 2023 di sini, hari ini.
Iklan
Ismail (kiri) ketika sidang media mengumumkan peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia Negeri Kedah pada Isnin.
"Seramai 29,044 calon mendaftar SPM 2023, seramai 24,528 calon hadir dan menduduki sekurang-kurangnya satu mata pelajaran manakala 766 calon tidak hadir semua mata pelajaran.
"Seramai 14 calon mendapat pencapaian cemerlang dan 568 calon memperoleh gred semua A (A, A dan A-),"katanya.
Iklan
Ismail (tengah) mengumumkan peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia Negeri Kedah.
Beliau berkata, berdasarkan keputusan sama, sebanyak 14 sekolah memperoleh peningkatan Gred Purata 0.8 dan ke atas (Lonjakan Saujana).
"Sebanyak 21 buah sekolah mencapai Gred Purata Sekolah di bawah 3.0 iaitu penambahan dua buah sekolah berbanding tahun lalu.
"Gred Purata Mata Pelajaran (GPMP) matematik menunjukkan peningkatan tertinggi antara semua mata pelajaran iaitu sebanyak 0.27 peratus daripada 5.86 kepada 5.59," katanya.
Jelas beliau, sebanyak 71 sekolah melepasi pencapaian GPN 4.77 daripada 196 buah sekolah kategori A.
Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!
<div itemscope itemtype="https://schema.org/VideoObject"><meta itemprop="name" content="'Kakak minta naik Menara Alor Setar walaupun matanya sudah tidak nampak sepenuhnya'"><meta itemprop="description" content="Derita akibat kanser otak yang menyebabkan penglihatannya terjejas dan tidak lagi mampu berjalan tidak menghalang Nur Iman Syamimi Muhammad Shauki, 14, menikmati suasana di Sky View Menara Alor Setar.
Impian remaja itu menjadi kenyataan apabila dia dibawa pertubuhan bukan kerajaan (NGO), Cancer Survivors Malaysia (CSM) bersama ibu bapanya dan dua adik, berkunjung ke menara berkenaan pada malam Jumaat.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/794930/edisi/utara/kakak-minta-naik-menara-alor-setar-walaupun-matanya-sudah-tidak-nampak-sepenuhnya
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #PejuangKanser"><meta itemprop="uploadDate" content="2026-09-06T07:40:22.000Z"><meta itemprop="thumbnailUrl" content="https://s2.dmcdn.net/v/e5Z7Q1gdHZdTVXzwC/x1080"><meta itemprop="duration" content="P153S"><meta itemprop="embedUrl" content="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.html?video=xb4exne"><meta itemprop="contentUrl" content="https://www.dailymotion.com/crawler/video/xb4exne"><script src="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.js" data-video="xb4exne"></script>