52 sekolah di Kelantan atasi Gred Purata Negeri

Iklan
Mohamad (tengah) bersama dengan barisan pegawai kanan melihat keputusan SPM 2023 bagi negeri Kelantan pada Isnin.

KOTA BHARU - Prestasi keputusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2023 bagi negeri Kelantan meningkat secara keseluruhan dengan catatan Gred Purata Negeri (GPN) 4.72 berbanding 4.88 pada 2022.

Timbalan Pengarah Pendidikan Sektor Perancangan dan Pengurusan Pejabat Pendidikan Daerah (PPD), Mohamad Abd Wahab berkata, GPN tersebut menunjukan peningkatan sebanyak 0.16 mata dengan jumlah 25,812 calon menduduki peperiksaan.

Iklan
Iklan

Menurut beliau, sebanyak 52 sekolah menunjukkan Gred Purata Sekolah (GPS) mengatasi Gred Purata Negeri (GPN) pada tahun ini dengan peningkatan sebuah sekolah berbanding 51 sekolah pada tahun lalu.

"Sekolah GPS terbaik pula ialah Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA) Naim Lil Banat di Kota Bharu iaitu 1.55.

Iklan

"Pencapaian GPS di Kelantan kali ini sebanyak enam sekolah capai kategori cemerlang, baik (34), memuaskan (130) dan berpotensi (tiga),” katanya pada Majlis Pengumuman Keputusan SPM Tahun 2023 Kelantan di Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) Kelantan, di sini, pada Isnin.

Mohamad (lima dari kanan) dan barisan pegawai kanan JPN menunjukkan laporan keputusan SPM Tahun 2023 negeri Kelantan pada Isnin.

Menurut beliau, bagi kecemerlangan calon pula seramai sembilan calon mendapat semua A+ dan 395 mendapat sekurang-kurangnya A- bagi semua mata pelajaran yang diambil.

Iklan

Katanya, jumlah tersebut mewakili 2.02 peratus keseluruhan calon sekolah kerajaan pada tahun 2023 dan menunjukkan peningkatan sebanyak 0.7 peratus berbanding 1.32 peratus pada 2022.

"Merujuk kepada kelulusan mata pelajaran Bahasa Melayu dan Sejarah (calon wajib lulus sekurang-kurang gred E bagi kedua-dua mata pelajaran ini), peratus calon yang layak mendapat sijil peringkat negeri ialah 95.08 peratus iaitu seramai 18,356 calon atau peningkatan sebanyak 2.13 peratus.

"Terdapat 58 sekolah mengatasi peratus calon yang layak mendapat sijil peringkat negeri iaitu 95.08 peratus dengan 44 sekolah mencapai kelulusan 100 peratus termasuk 18 buah sekolah agama bantuan kerajaan,” katanya.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!