Korban banjir di Brazil meningkat 169 orang
Iklan
Kenderaan yang terjejas akibat banjir, di bandar Porto Alegre, di Rio Grande do Sul, Brazil pada Khamis. Foto EPA
SAO PAULO - Hujan lebat dan banjir yang melanda negeri Rio Grande do Sul di selatan Brazil telah meragut 169 nyawa sejak ribut melanda negeri itu pada 29 April, menurut agensi Pertahanan Awam pada Ahad.
Dalam tempoh 24 jam yang lepas, tiga lagi mayat telah ditemukan, sementara 56 orang masih hilang akibat bencana alam terburuk yang pernah berlaku di negeri itu, menurut laporan terkini agensi berkenaan, menurut Xinhua.